Kawasaki ZX-25R sedia untuk memasuki fasa produksi di Thailand, Indonesia!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah dipamerkan secara rasmi pada acara Tokyo Motor Show pada hujung tahun lalu, Kawasaki nampaknya sudah bersedia untuk memulakan fasa produksi motosikal suku liter dengan enjin empat silinder sebaris, Kawasaki ZX-25R

Menurut satu laporan daripada rakan media negara jiran, Iwanbanaran.com telah berjaya mengorek informasi yang menandakan bahawa Indonesia sedang bersiap sedia untuk memasang model Kawasaki ZX-25R itu. 

Ini adalah berdasarkan pergerakan Kawasaki yang kini meluluskan salah sebuah daripada vendornya di sana untuk memproduksi salah sebuah komponen yang penting, iaitu sistem ekzos Kawasaki ZX-25R. 

Tidak mustahil juga jika dikatakan Kawasaki akan memasang motosikal ZX-25R itu di sana (CKD) bagi memastikan harga jualan menjadi lebih murah berbanding unit yang diimport sepenuhnya (CBU).
 


Namun, buat masa ini Kawasaki dijangka akan memasang model ZX-25R di Thailand, termasuklah membangunkan rangka enjin dan rangka casis, ini kerana lokasi tersebut merupakan hab pengeluaran bagi model-model Ninja pasaran Asia. 

Jika negara jiran Thailand dan Indonesia bakal menerima Kawasaki ZX-25R model pemasangan tempatan, bagaimana pula dengan Malaysia? 

Adakah Kawasaki ZX-25R akan dipasang di Gurun, Kedah? 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk menambahkan lagi tahap keterujaan sedia ada, pihak Kawasaki Jepun telah menerbitkan beberapa…
Berita Global
Namun, usah risau kerana Kawasaki Indonesia dikatakan akan memulakan proses tempahan pada tarikh…
Berita Global
Kini, sebuah lagi video teaser didedahkan oleh pihak Kawasaki Indonesia memberikan bayangan sebenar…