Kawasaki ZX-25R 'mendarat' di Indonesia bulan April!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu video teaser terbaharu yang diterbitkan oleh Kawasaki Indonesia, nampaknya mereka sedang bersiap sedia untuk membawakan kejutan berupa sportsbike suku liter terbaharu dari pengeluar Jepun tersebut.

Model yang dinantikan ramai, Kawasaki ZX-25R bakal membuat kemunculan rasmi di acara Kawasaki Bike Week yang akan berlangsung pada 4 April 2020 ini. 

 


Secara ringkasnya, spesifikasi Kawasaki ZX-25R bakal menjadikannya raja di dalam kelas suku liter berdasarkan penggunaan enjin empat silinder sebaris sejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api. 

Menariknya, dalam salah satu video yang diterbitkan, Kawasaki mengesahkan enjin empat silinder sebaris tersebut mampu mencapai tahap putaran enjin setinggi 17,000 rpm!.
 


Malah, Kawasaki turut menyebut enjin tersebut memiliki karakteristik putaran enjin yang sangat pantas, kadar respons yang lebih tepat serta daya kilas yang lebih baik pada putaran enjin rendah serta pertengahan. 

Aspek kawalan kuasa dibantu dengan ciri-ciri seperti Kawasaki Traction Control, Power Mode serta Quickshifter bagi memudahkan para penunggang melampiaskan kuasa terpendam. 
 


Ciri pertama yang hadir di dalam motosikal kelas 250 cc adalah penggunaan sistem suspensi Separate Function Fork - Big Piston (SFF-BP) bersaiz 37 mm di hadapan serta monoshock Horizontal Back-Link di belakang. 

Cuma satu perkara yang cukup membuatkan kita teruja, bagaimana pula posisi harga jualan sebenar jika diletakkan bersebelahan dengan model pesaing. 

Adakah ia cukup untuk mengujakan para peminatnya? 

 

Add new comment

Careta Ad