Kawasaki ZX-25R dengan ekzos Yoshimura - merdu!

oleh Mohamad Hanif|
Sedikit demi sedikit rahsia dan spesifikasi motosikal dengan enjin empat silinder Kawasaki ZX-25R didedahkan kepada umum, dan penulis pasti ramai yang tidak dapat melupakan jeritan enjin bersesaran 250 cc itu ketika dilakukan ujian dyno beberapa minggu yang lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kali ini, Kawasaki Indonesia mendedahkan sebuah lagi video baharu, kali ini berkenaan Kawasaki ZX-25R yang dilengkapi dengan sistem ekzos Yoshimura!

Dengan sistem ekzos baharu ini, bunyi yang dihasilkan oleh Kawasaki ZX-25R kini hampir menyamai bunyi motosikal bersesaran yang lebih besar.

Dalam video baharu tersebut, diperlihatkan bagaimana Kawasaki ZX-25R menghasilkan bunyi yang lebih merdu ketika fasa permulaan dan sesi panas badan yang diiringi dengan letupan api biru terhasil ketika pendikit dilepaskan.

Sebelum ini, Kawasaki Indonesia telah menerbitkan siri video ringkas yang memaparkan spesifikasi motosikal Kawasaki ZX-25R yang mampu melahu sehingga 17,000 rpm putaran enjin serta mencapai kelajuan sehingga 160 km/j di tangan pelumba professional.

Selain daripada itu, motosikal ini turut dilengkapi ciri pertama di dalam kelasnya - penggunaan sistem suspensi Separate Function Fork - Big Piston (SFF-BP) bersaiz 37 mm di hadapan serta monoshock Horizontal Back-Link di belakang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…
Model Terbaharu
Dengan kehadirannya ke pasaran Malaysia, Ninja ZX-25R kini menjadi model paling berkuasa dalam…
Berita Global
Selain daripada itu, ia masih lagi merupakan model yang tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia…