Namun begitu, Kawasaki bukan sahaja memberikan perubahan kosmetik kepada Z900 ini. Perubahan dari segi talaan enjin juga dilakukan agar prestasi enjin kena dengan gayanya.
Enjin 948 cc 4-silinder sejukan cecair itu diprogram kembali agar memberikan tork yang lebih mantap dari kelajuan enjin rendah sehingga ke pertengahan.
Ini akan memudahkan tunggangan di dalam bandar kerana apa yang perlu ialah tenaga untuk bergerak dan memotong tanpa perlu banyak bermain dengan gear, seperti apa sebuah motosikal naked retro patut boleh lakukan.
Namun begitu, ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Tork dan kuasa kuda contohnya, terpaksa diturunkan sedikit agar motosikal ini mendapat kebanyakan torknya pada kelajuan enjin di bawah 7,000 rpm.
Penurunan itu ialah dari 125 hp turun ke 111 hp sementara tork pula turun dari 97.9 Nm ke 72.5 Nm.
Kotak gear masih sama tetapi ratio gear diubah - gear 5 sekarang lebih pendek sementara gear 6 ditinggikan agar gegaran berkurangan semasa tunggangan jauh.
Kerangka trellis pada Z900RS ini juga sedikit berlainan kerana Kawasaki perlu tapak tempat baharu untuk pemasangan tangki bahan api dan pelana yang lebih rapat ke bumi.
Dari segi spek, Kawasaki nampaknya memberikan Z900RS ini lebih banyak kelengkapan.
Antaranya ialah brek depan dengan angkup 4-piston monoblock, ABS, fungsi traction control dan pelbagai lagi.