Kawasaki Versys X-250 Tourer 2022 dapat warna baharu di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Kawasaki Jepun baru-baru ini mengemaskini penawaran motosikal kembara Versys X-250 Tourer 2022 dengan dua warna baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skema warna yang dimaksudkan itu dimulakan dengan gandingan Candy Lime Green/Metallic Flat Spark Black, serta sebuah lagi dilayangkan warna Pearl Robotic White/Metallic Ocean Blue.

Menurut laporan daripada Kawasaki1ban, model baharu ini dijangka tiba di pusat pameran pada 1 Februari.
 

Kawasaki


Lebih menarik, ia hanya tampil dalam versi Tourer sahaja, di mana ia dilengkapi dengan komponen tambahan seperti kotak pannier, pelindung tangan, serta pemasangan lampu kabus sebagai opsyen.

Versys X-250 Tourer ini dijana oleh enjin parallel twin 248 cc yang mampu menghasilkan 33 PS @ 11,500 rpm serta daya kilas 21 Nm @ 10,000 rpm, dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Harga jualan bermula dari 726,000 yen (RM26,540).