Kawasaki Versys-X 250 2020 dapat warna baharu di Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
Kawasaki telah mengemaskini penawaran motosikal kembara segmen suku liter, Versys-X 250 tahun 2020 untuk pasaran Indonesia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemaskini yang dimaksudkan merangkumi penawaran warna baharu iaitu kelabu yang diserikan dengan elemen warna hijau dan logo Versys yang menghiasi tangki bahan api.

Namun, dari segi penampilan, ia membawakan reka bentuk yang serupa dengan model Versys-X yang terdahulu, seperti lampu utama tunggal di hadapan, penghadang angin yang tinggi, knuckle-guards, serta rekaan semi-fairing.

Kuasa yang ditawarkan daripada enjin 249 cc parallel twin juga tidak berubah, iaitu 33.5 kuasa kuda (@11,500 rpm) dan daya kilas 21.7 Nm pada 10,000 rpm putaran enjin, dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mengikut spesifikasi, ia dibekalkan dengan nadi 2 silinder bersesaran 399 cc sejukan cecair dengan…
Pelancaran Motosikal
Hadir sebagai model generasi terbaharu, Tenere 700 untuk pasaran Malaysia juga didatangkan dengan…
Tunggang Uji
Malah, tahun ini sahaja kita telah pun menerima kehadiran beberapa model yang telah dijenamakan…