Kawasaki Versys 1000 SE kini tampil agresif - harga bermula dari RM75k!

oleh Mohamad Hanif|
Kawasaki telah mengemaskini penawaran motosikal adventure tourer Versys yang hadir dengan rupa yang baharu dan penuh dengan ciri elektronik serba moden.

Memperkenalkan, Kawasaki Versys 1000 SE 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Motosikal terbesar di dalam keluarga Versys ini menerima ciri Electronik Throttle Valves baharu, memberikan makna Versys ini didatangkan dengan ciri ride-by-wire dan ECU yang ditala semula bagi memberikan pengedaran kuasa yang lancar, serta respons yang lebih asli. 

Ia juga turut menampilkan Kawasaki Quick Shifter (KQS) dengan ciri assist and slipper yang memudahkan penukaran gear naik dan turun ketika tunggangan dengan lancar.
 


Tiada sebarang perubahan dilakukan pada casis dan output enjin, namun sistem gantungan telah menerima teknologi Kawasaki Electronically Controlled Suspension (KECS) - terdapat pada ZX-10R dan Ninja H2 -dengan empat mod yang boleh dipilih - Sport, Road, Rain dan Rider (manual). 

Berdasarkan pemilihan mod yang dibuat oleh penunggang, sistem ECU suspensi semi-aktif ini akan menerima bacaan status tunggangan daripada ECU motosikal dan sistem Inertial Measurement Unit (IMU) enam paksi, dan seterusnya mengubah tetapan suspensi pada setiap 10 mili-saat. 

Kesemua ciri ini membolekan penunggang menghadapi sebarang perubahan di atas jalan dengan lebih yakin tanpa sebarang masalah. 
 


Sistem brek Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System (KIBS) telah disalin semula daripada Ninja ZX-10R dan Ninja H2, namun disesuaikan kembali kepada tunggangan berdasarkan sistem suspensi long-travel Versys ini. 

Antara ciri lain yang turut ditawarkan termasuklah:

  • penghadang angin yang lebih besar, boleh dilaras
  • rekaan fairing serba baharu yang agresif
  • lampu membelok 
  • skrin TFT berwarna 
  • ciri sambungan ke peranti pintar (Rideology App)
  • saddle bag bersaiz 28 liter
  • Kawasaki Genuine Accessories (KGA) termasuklah LED light bar, kunci helmet, knee pad set, tank pad, front axel slider set, radiator trim, frame slider set, tempat duduk Ergo-Fit™, cagak GPS, dan KQR™ top case.
     


Hadir dengan warna Metallic Flat Spark Black / Pearl Flat Stardust White, Kawasaki Versys 1000 SE ini akan mula memasuki pasaran seawal tahun hadapan dengan harga jualan bermula dari $17,999.

(RM75,000++ mengikut kadar pertukaran matawang semasa).