Kawasaki Versys 1000 S 2021 dilancarkan di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Antara model terbaharu yang diperkenalkan di Eropah pada ketika ini adalah sebuah motosikal kembara Kawasaki Versys 1000 S dengan spesifikasi yang lebih tinggi, di mana ia hadir dalam tiga varian iaitu Tourer, Tourer Plus dan Grand Tourer.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi luaran, ia tidak membawakan perubahan yang ketara dan membawakan rekaan yang sama seperti pertama kali dilancarkan pada tahun 2019.

 


Cuma dari segi penawaran teknologi, Versys 1000 S menerima beberapa ciri termaju daripada model SE seperti contoh sambungan peranti pintar, pemegang dengan pemanas terbina, cruise control, Kawasaki Traction Control, lampu bantuan membelok, mod tunggangan, Kawasaki Quick Shifter dan cat pulih sendiri.

Perbezaaan antara ketiga-tiga varian diperlihatkan menerusi penambahan aksesori seperti berikut:

  • Tourer: sistem pannier berkembar berkapasiti 56 liter, pad pelindung tangki bahan api
  • Tourer Plus: lampu kabus LED
  • Grand Tourer: top case 47 liter, pemegang GPS universal, frame slider

 


Tatkala model SE menerima sistem suspensi elektronik Skyhook, Kawasaki Versys 1000 S masih lagi mengekalkan sistem pelarasan suspensi manual.

Namun, ketiga-tiga varian masih lagi mengekalkan nadi 1,043 cc empat silinder sebaris sejukan cecair yang menghasilkan 120 PS dan 102 Nm daya kilas.

 


Terdapat dua warna pilihan iaitu kombinasi warna Pearl Storm Gray/Metallic Diablo Black/Metallic Flat Spark Black dan Emerald Blazed Green/Metallic Diablo Black/Metallic Flat Spark Black.