Kawasaki sedang bikin superbike elektrik?

oleh Mohamad Hanif|
Dalam diam, salah sebuah daripada Empat Kuasa Besar Motosikal Jepun kini didapati sedang membangunkan prototaip motosikal elektrik menerusi sebuah video yang dimuat naik baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini diakui sendiri oleh pengurus kanan bahagian inovasi, divisyen R&D Kawasaki Heavy Industries, Yoshimoto Matsuda di mana mereka sudah pun memulakan fasa pembangunan semenjak awal tahun 2000-an bersama-sama unit enjin pengecas lampau. 

 


Meskipun tiada lagi deruman enjin seperti kebiasaan motosikal Kawasaki, mereka menjamin motosikal elektrik ini mampu menawarkan karakteristik tunggangan yang menyeronokkan - sesuai dengan identiti dan falsafah RIDEOLOGY Kawasaki itu sendiri. 

Menerusi video yang dipaparkan, beberapa aspek disentuh oleh Kawasaki termasuklah geometri casis itu sendiri, transmisi serta ciri brek regeneratif yang boleh diaktifkan menggunakan ibu jari. 
 


Bagi mereka yang memiliki mata yang tajam, anda boleh melihat sekali imbas sistem pengecasan pantas CHAdeMO yang dilengkapkan pada motosikal ini. 

Kawasaki tidak meletakkan jangka masa tetap bagi memperkenalkan motosikal ini pada masa akan datang, namun menurut Matsuda, elemen yang terdapat pada motosikal ini akan mewarnai barisan motosikal Kawasaki generasi berikutnya kelak. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…