Kawasaki pula mahu buat motosikal roda tiga

oleh HEZERI SAMSURI|
Skuter roda tiga bukan sesuatu yang baharu dan Piaggio serta Yamaha membuktikan ia memang boleh dikomersilkan dengan berjaya.

Piaggio MP3 pernah dijual di Malaysia sementara Yamaha Tricity 125 diperkenalkan di Thailand dahulu sebelum menjadi popular di Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Yamaha Niken pula popular sebagai konsep dan terus dijadikan model produksi yang dijual di wakil-wakil pengedar Yamaha.

Nampaknya Kawasaki pula mahu menceburi bidang tersebut dan lukisan-lukisan paten ini menjadi bukti.

 

 

Dari apa yang dilihat, Kawasaki mahu menggabungkan bentuk motosikal sekarang dengan sistem gantungan  hadapan untuk dua roda dengan satu penyerap hentak di setiap sisi (tidak seperti Niken atau Tricity).

Malah, ia benar-benar umpama kepala motosikal biasa, cuma dengan roda hadapan berkembar. Malah, kedudukan fork hadapan juga tetap dan tidak berubah.

Ia juga nampaknya mampu miring ke tepi, seperti model-model MP3 dan Yamaha tersebut.

Jika ini ialah resipi Kawasaki, ia memungkinkan kepada roda berkembar ini dimasukkan ke mana-mana model Kawasaki sekarang tanpa banyak perubahan.

Persoalannya ialah adakah model pelik ini jawapan untuk meningkatkan jualan jenama itu? 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…