Kawasaki perlihat idea sistem hibrid pada motosikal!

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar motosikal Jepun, Kawasaki dalam satu video terbaharu yang diterbitkan memperlihatkan penggunaan sistem hibrid yang dikhususkan untuk motosikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Idea ini adalah lebih kurang sama dengan sistem hibrid konvensional yang terdapat pada kereta, di mana enjin pembakaran dalaman digunakan sebagai sumber tenaga utama, manakala bantuan motor elektrik pula boleh digandingkan ketika tujuan mendesak, seperti contoh pecutan secara tiba-tiba.

Menerusi video berdurasi 1 minit 40 saat itu, Kawasaki memperlihatkan prototaip di mana motosikal itu menggunakan tenaga elektrik sepenuh masa ketika tunggangan kelajuan rendah,  namun apabila kelajuan semakin meningkat, khidmat enjin digunakan.

Prototaip ini juga turut memperlihatkan penggunaan sistem transmisi kelajuan tunggal yang memiliki nisbah bersamaan dengan gear keenam.

Untuk permulaan tunggangan dan pecutan, ia hanya bergantung sepenuhnya kepada daya kilas maksimum yang boleh dicapai oleh sesebuah motor elektrik.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…