Kawasaki perbaharui model klasik W800

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya model retro Kawasaki, W800 turut menerima perubahan.

Walaupun Kawasaki tidak memberitahu secara rasmi apa yang baharu, beberapa pembaharuan sudah boleh dilihat dengan mata kasar.

Enjin silinder kembar selari (parallel-twin) sejukan udara nampak hampir sama seperti yang lama, begitu juga dengan kerangka dupleks yang sesuai dengan konsep retro W800.

 

 

Ia juga masih menggunakan aci sesondol di atas (overhead cam) yang digerakkan menggunakan gear serong (bevel drive) dan engkol 360-darjah dengan pengimbang.

Sistem suntikan bahan api disorok dengan bijak dibelakang plastik yang menyerupai penutup karburetor - juga sama seperti model sebelum ini.

Sistem brek juga kini kelihatan dilengkapi dengan ABS. Yang tidak kelihatan ialah slipper clutch yang mungkin membantu penunggang baharu.

 

 

Harga model W800 semasa ia dijual di Malaysia dua tahun lalu ialah dalam sekitar RM58,000, lebih tinggi dari Triumph yang mempunyai jenama lebih kuat dalam genre retro. 

Sekiranya Kawasaki risau akan serangan motosikal-motosikal sub-standard China yang kelihatan cantik dan datang dengan harga yang murah, syarikat motosikal Jepun itu perlu serius di dalam memastikan harga-harga model mereka tidak berada di awang-awangan kerana sekarang ini, pembeli di Eropah dan di US juga tidak lagi mahu membayar tinggi untuk jentera-jentera klasik.

 

 

Mungkin dengan harga yang lebih mampu milik, lebih ramai yang berminat untuk memiliki jentera retro yang boleh dibawa jauh tanpa risau ia akan rosak.

Sekiranya Kawasaki boleh mengembalikan zaman permotoran enjin besar dengan menghasilkan model ER6 yang mampu milik, sekarang ialah masanya untuk mengulangi tindakan tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…