Kawasaki Ninja ZX-6R bersijil kelahiran Malaysia

oleh Firdaus Razani|
Seperti umum tahu, Kawasaki Ninja ZX-6R merupakan sportbike yang cukup popular di dalam kelas middleweight yang bersaing rapat dengan dua lagi jenama Jepun iaitu Yamaha YZF-R6 dan Honda CBR600RR.

Tetapi ini mungkin ramai rakyat Malaysia tidak tahu, bahawa Kawasaki Ninja ZX-6R juga kini dipasang secara complete knockdown (CKD) di Gurun, Kedah sama seperti beberapa model Kawasaki yang lain seperti Z900, ZX-25R dan lain-lain lagi.

 

zx-6r

 

Terima kasih kepada kerjasama antara Modenas dan Kawasaki yang memperlihatkan sinar untuk beberapa model hebat Kawasaki dipasang secara CKD di Malaysia.

Yang lebih menarik, Malaysia merupakan negara ketiga yang diberi keistimewaan untuk memasang model Ninja ZX-6R ini selepas Brazil dan Jepun.

 

zx-6r

 

Walaubagaiamanapun, tumpuan hasil pemasangan model Ninja ZX6-R ini adalah untuk dieksport ke pasaran China buat ketika ini dan ia dijangka memasuki pasaran tempatan pada awal tahun 2025.

 

zx-6r

 

Semalam (28 Mei), media dijemput ke Ibu Pejabat dan Kilang Modenas di Gurun, Kedah untuk menyaksikan sendiri pemasangan model terkini Modenas dan Kawasaki serta berpeluang melihat bagaimana proses Ninja ZX-6R dipasang untuk dieksport ke China.

 

zx-6r

 

Satu majlis diadakan bersama Pengarah Eksekutif Modenas, Roslan Roskan sebagai melancarkan penghantaran eksport ketiga bagi Ninja ZX-6R dari Modenas.

 

zx-6r

 

Untuk makluman, penghantaran kali ini telah mengeksport sebanyak 112 unit model ZX-6R dengan jumlah sebanyak empat unit kontena yang memuatkan 28 unit setiap satunya.

 

zx-6r

 

Penghantaran sebelum ini, menyaksikan sebanyak 28 unit yang dieksport pada penghantaran pertama dan 140 unit pada penghantaran kedua.

Syarikat menyasarkan sebanyak 1,000 unit Ninja ZX-6R bakal dieksport dalam tempoh setahun.

 

zx-6r

 

Mengenai motosikal Kawasaki Ninja ZX-6R ini pula, spesifikasi teknikal semuanya masih sama seperti yang dikeluarkan secara global oleh Kawasaki Jepun.

 

zx-6r

 

Ninja ZX6-R dinadikan dengan enjin empat-silinder 636cc penyejuk-cecair DOHC yang memberi kuasa output sehingga 129Ps pada 13,000 rpm dan mencapai tork tertinggi sehingga 69Nm pada 10,800 rpm.

 

zx-6r

 

Model ini turut didatangkan dengan teknologi yang dipadankan dengan prestasi seperti Kawasaki Quick Shift (KQS), Kawasaki Electronic Track Control (KTRC), serta Power Mode dari Kawasaki.

Selain itu, ia didatangkan dengan fork hadapan USD dari Showa dan monoshock Uni Trak boleh laras pada  bahagian belakang dan skrin TFT bersaiz 4.3-inci yang boleh disambungkan dengan telefon pintar melalui aplikasi Rideology.

 

zx-6r

 

Ninja ZX-6R mempunyai ketinggian tempat duduk sehingga 830mm, serta kapasiti tangki bahan api sebanyak 17 liter dan motosikal ini mencapai berat basah sehingga 198kg.

 

zx-6r

 

Jika di pasaran China, Ninja ZX-6R dijual pada harga cadangan yang bermula pada 109,800 Yuan, dan jika ditukar kepada Ringgit, ia bermula pada RM71,000.

Jadi adakah untuk pasaran Malaysia, Kawasaki ZX-6R bakal dijual dengan harga yang jauh lebih mampu milik untuk sesebuah motosikal prestasi dalam kelas middleweight-sportbike?

 

zx-6r