Kawasaki Ninja ZX-6R 2024 dikemaskini, 124 PS, 69 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Team Green telah mengemaskini penawaran bagi jentera middleweight popular Kawasaki Ninja ZX-6R untuk model tahun 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rupa paras Kawasaki Ninja ZX-6R telah disemak semula dengan membawakan rekaan cowl hadapan baharu, unit lampu LED, unit lampu membelok, serta cermin penghadang angin yang lebih pendek untuk mengurangkan kesan pukulan angin (buffeting).
 

ZX6R


Ia masih lagi mengekalkan nadi empat silinder sebaris 636 cc sejukan cecair DOHC berkuasa 122 hp (127.7 hp dengan bantuan ram-air) dan daya kilas 69 Nm, yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan klac slip/assist.

Antara perubahan yang dibuat termasuklah sistem profil cam telah disemak semula untuk prestasi rpm rendah, selain membantu memenuhi piawaian pelepasan emisi yang ketat.

Reka bentuk paip pengepala (header pipe) juga dibuat serba baharu, bertujuan untuk meningkatkan maklum balas daripada penderia O2 selain rekaan terowong kemasukan yang disemak semula bagi meningkatkan prestasi rpm rendah-ke-pertengahan.
 

ZX6R


Sistem suspensi Ninja ZX-6R terdiri daripada fork hadapan Showa Separate Function Fork-Big Piston (SFF-BP) yang menawarkan larasan pra-muatan, diikuti dengan penyerap hentak Showa yang boleh dilaras pada bahagian belakang.

Sistem brek telah dinaiktaraf pada model ZX-6R ini, menampilkan angkup Nissin empat omboh berkembar yang mencengkam dua rotor brek bersaiz 310 mm di depan, sementara bahagian belakang pula dilengkapi rotor tunggal bersaiz 220 mm.

Tayar Pirelli Diablo Rosso IV pula memastikan jentera ini mampu melekap dengan baik di atas jalan raya.
 

ZX6R


Segala informasi boleh dibaca menerusi skrin paparan TFT bersaiz 4.3 inci berwarna penuh, selain turut menyediakan pilihan paparan latar belakang putih atau hitam dan sokongan sambungan kepada aplikasi Rideology Kawasaki.

Terdapat tiga mod tunggangan disediakan iaitu Sport, Road dan Rain, selain ciri kawalan elektronik termasuklah Kawasaki Intelligent Anti-Lock Brake System, diikuti dengan sistem quickshifter dan kawalan cengkaman secara standard.

Kawasaki Ninja ZX-6R 2024 boleh didapati dalam pilihan warna Metallic Flat Spart Black/Ebony, Pearl Robotic White/Metallic Graphite Gray, atau KRT Edition dalam warna Lime Green/Ebony.