Kawasaki Ninja ZX-25R sah masuk Malaysia tahun depan!

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat para peminat Kawasaki di Malaysia.

Dalam satu perjumpaan bersama para pengamal media bertempat di Kilang Modenas, Gurun, Kedah, CEO Modenas Encik Roslan Roskan mengesahkan model superbike empat silinder sebaris 250 cc Kawasaki Ninja ZX-25R akan memasuki pasaran Malaysia.

Namun begitu, status model tersebut masih lagi di dalam perbincangan kedua-dua pihak, namun besar kemungkinan ia akan dimasukkan sebagai model import sepenuhnya (CBU) sebelum ia dipasang di kilang Gurun (CKD).

Menurutnya lagi, model tersebut dijangka akan diperkenalkan secara rasmi menjelang separuh pertama tahun 2023.
 

ZX


Kawasaki ZX-25R merupakan model dalam segmen suku liter yang hadir dengan konfigurasi enjin empat silinder sebaris dengan angka output 50 kuasa kuda dan 30 Nm daya kilas.

Motosikal ini hadir dengan beberapa teknologi termaju seperti fork hadapan jenis terbaik Showa 37 mm dengan Separate Function Fork-Big Piston (SFF-BP) dan penyerap hentak tunggal Horizontal Back-link di belakang.

Secara standard, Kawasaki ZX-25R didatangkan dengan ciri brek anti-kunci dua saluran, namun versi SE menerima ciri tambahan seperti mod tunggangan, sistem kawalan cengkaman dan ciri Kawasaki Quick Shifter (KQS).

Berita Berkenaan

Berita Global
Masih lagi bersiaran dari Tokyo Motor Show di mana Kawasaki secara rasmi memperkenalkan model…