Kawasaki Ninja H2 2019 - lebih mesra pemilik, dan lebih berkuasa!

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya Kawasaki masih enggan untuk turun daripada takhta superbike terpantas bagi tahun mendatang apabila mereka kini mengemaskini penawaran barisan motosikal hypersport Ninja H2 dan Ninja H2R.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buat mereka yang inginkan Ninja H2 mereka lain daripada yang lain, H2 Carbon merupakan varian yang perlu mereka rebuti oleh kerana ia merupakan model edisi khas yang menampilkan hasil kerja daripada gentian karbon dan dihasilkan dalam unit yang sangat terhad. 

Untuk model tahun 2019, Kawasaki mendatangkan kemaskini bukan sahaja daripada aspek teknikal, malah mereka mendakwa ia mampu menambah kuasa kepada 197 hp sedia ada sejak Ninja H2 membuat kemunculan pertama pada tahun 2015.

Kawasaki sengaja menambah kuasa kepada barisan Ninja H2 untuk membezakan antara motosikal hypersport ini daripada saudaranya ZX-10R serta meletakkan Ninja H2 ini ke dalam kelas yang tersendiri. 
 

Dakwaan Kawasaki terhadap penambahan kuasa pada Ninja H2 ini adalah disebabkan penambahbaikan yang dilakukan seperti pemasangan penapis udara, palam pencucuh, dan chamber kemasukan udara serba baharu. 

Turut membantu pengendalian ketika di litar ialah penggunaan brek Brembo dual radial-mount, caliper empat piston Stylema serta brek cakera bersaiz 330 mm sebelum diakhiri dengan balutan tayar sports Bridgestone Battlax RS11 pada hadapan dan belakang. 

Walaubagaimanapun, Kawasaki enggan mendedahkan angka sebenar kuasa terbaharu yang bakal dihamburkan oleh Ninja H2 ini.


Bukan sekadar penambahan kuasa, malah Kawasaki juga tidak lokek untuk melengkapkan motosikal H2 ini dengan teknologi berorientasikan penunggang seperti paparan skrin TFT yang mampu menunjukkan bacaan kritikal motosikal (bahan api, info trip, kondisi bateri, kelajuan, jarak perbatuan), penunjuk Economical Riding Indicator, serta pilihan sambungan kepada peranti pintar. 

Malah, pemilik juga boleh mengakses maklumat yang disebutkan diatas menerusi aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun daripada internet. 

 


Kawasaki Ninja H2 dan Ninja H2 Carbon model 2019 hadir dengan ciri lampu jenis LED yang merangkumi posisi seperti lampu membelok, lampu nombor pendaftaran serta lampu utama. 

Kedua-dua model turut menerima teknologi baharu Hightly Durable Paint daripada Kawasaki yang membolehkan ia membaiki sendiri kesan calar dan kerosakan yang dialami semasa berada di atas jalan raya.