Kawasaki lancar tiga model Ninja edisi ulang tahun ke-40 di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Sedar atau tidak, sudah 40 tahun usia plet nama Ninja yang sangat digemari ramai sejak nama tersebut pertama kali diberikan pada model GPZ900R pasaran Amerika Utara pada tahun 1984.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-40, Kawasaki Motor Japan bakal melancarkan tiga model edisi khas iaitu Ninja ZX-10R, Ninja ZX-4RR dan Ninja ZX-6R.
 

Kawasaki ZX-4RR
Kawasaki ZX-6R
Kawasaki ZX-10R


Ketiga-tiga model tersebut tidak menampilkan sebarang naik taraf kuasa, sebaliknya diberikan layangan liveri retro khas Blue/Lime Green/White, diikuti logo Kawasaki versi tahun 1989, dan decal Ninja 40YEARS pada bahagian atas tangki bahan api.

Selain itu, kesemua rim dilayangkan warna Lime Green, sementara fork hadapan pada model Ninja ZX-10R dan Ninja ZX-6R dilayangkan dengan warna emas.
 

ZX-14


Sementara itu, pasaran Amerika Syarikat mendapat sebuah lagi model edisi khas iaitu Kawasaki Ninja ZX-14R 2024, diberikan layangan liveri retro yang serupa, tanpa sebarang peningkatan kuasa dan spesifikasi.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas setiap model Ninja edisi ulang tahun ke-40:

 

Kawasaki ZX-4RR 2024

4RR



Enjin inline-4 399 cc, 80 PS, 39 Nm
Fork hadapan SFF-BP Showa 37 mm, peredam BFRC Lite Showa belakang
Rotor brek berkembar 290 mm depan, angkup empat omboh
Rotor brek tunggal 210 mm belakang, angkup omboh tunggal
Kawasaki TRaction Control (KTRC), Power Modes, Kawasaki Quick Shifter (KQS)
Harga: $10,299 / ¥1,177,000 / RM48,627*

 

Kawasaki ZX-6R 2024

6R


Enjin inline-4 636 cc, 129 PS, 69 Nm
Fork hadapan SFF-BP Showa 41 mm, penyerap hentak tunggal belakang
Rotor brek berkembar 310 mm depan, angkup empat omboh
Rotor brek tunggal 220 mm belakang, angkup omboh tunggal
Kawasaki Intelligent ABS (KIBS), Power Modes, KTRC, KQS
Harga: $12,649 / ¥1,595,000 / RM59,722*

 

Kawasaki ZX-10R 2024

10R


Enjin inline-4 998 cc, 210 PS, 111 Nm
Fork hadapan BFF Showa 43 mm, penyerap hentak BFRC Showa
Rotor brek berkembar 330 mm depan, angkup empat omboh
Rotor brek tunggal 220 mm belakang, angkup omboh tunggal
KIBS, Power Modes, S-KTRC, KQS, Kawasaki Launch Control (KLCM), Kawasaki Cornering Management Function (KCMF), IMU, Kawasaki Engine Brake Control (KEBC)
Harga: $19,149 / ¥2,398,000 / RM90,412*

 

Kawasaki ZX-14R 2024

14R


Enjin inline-4 1,441 cc, 208 hp, 153.5 Nm
Fork hadapan 43 mm, penyerap hentak boleh laras belakang
Rotor brek berkembar 310 mm depan, angkup empat omboh
Rotor brek tunggal 250 mm belakang, angkup dua omboh
KTRC, ABS, Power Modes, Dual Throttle Valves
Harga: $17,249 / tidak terdapat di Jepun / RM81,441*

*mengikut kadar pertukaran matawang semasa $1 = RM4.72

Berita Berkenaan

Berita Global
Enjin asal Cinquecento telah dihukum buang daerah dan digantikan dengan enjin superbike! Terima…