Kawasaki KLX 700 bakal gegar segmen motosikal kembara off-road?

oleh Mohamad Hanif|
Pada ketika ini, segmen motosikal kembara sememangnya sangat sengit dengan kehadiran model-model yang mempunyai tarikan tersendiri daripada pengeluar utama motosikal dunia.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Namun, dunia tersebut seakan sunyi daripada kehadiran jenama Jepun yang satu ini - Kawasaki.

Walaupun Kawasaki pada ketika ini mempunyai model Versys (Versys 650, Versys-X 250 dan Versys 1000), model tersebut lebih dikhususkan kepada kegunaan di jalan raya biasa dan tidak kepada perjalanan off-road. 

Jadi, jawapan sebenar Kawasaki kepada motosikal kembara off-road adalah KLX 700. 

Menurut laporan daripada OmniMoto, Kawasaki KLX 700 dikatakan akan menggantikan peranan model KLR yang pernah wujud pada awal tahun 1990-an. 

Jika model KLX 650 menggunakan enjin silinder tunggal, Kawasaki berkemungkinan besar akan memilih enjin jenis parallel-twin bersesaran 649 cc daripada Ninja atau Versys, serta digandingkan dengan rangka yang lebih ringan, jika dibandingkan dengan rangka Versys. 

Jika benar, Kawasaki KLX 700 bakal memberikan saingan yang hebat kepada model-model pesaing seperti Yamaha Tenere 700, Suzuki V-Strom 650, KTM 790 Adventure serta BMW F 850 GS.

Sumber: OmniMoto

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia dilihat bertindak sebagai pengganti kepada model Multistrada 1260 S Grand Tour yang pernah…
Model Terbaharu
Hadir dengan kelebihan masing-masing, F900GS menjadi varian utama dan dikhaskan untuk penunggang…
Model Terbaharu
Datang dengan satu pilihan warna iaitu Metallic Flat Spark Black / CDY Lime Green, Versys-X 250…