Kawasaki K-Racer - helikopter tanpa juruterbang, guna nadi H2R!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, industri motosikal merupakan sebahagian daripada kepakaran yang dimiliki oleh Kawasaki, atau lebih tepat lagi Kawasaki Heavy Industries.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana bidang dua roda dan enjin itu hanyalah menyumbang sebanyak $3.2 billion kepada jumlah keseluruhan hasil pendapatan yang dimiliki oleh KHI.

Pendapatan yang lebih besar sebenarnya disumbangkan oleh divisyen aeronautik, dengan jumlah pendapatan sekitar $4.6 billion, terima kasih kepada penghasilan helikopter kegunaan umum dan tentera, serta enjin turbofan untuk Airbus dan Boeing.

Oleh sebab itu, tidak menghairankan apabila Kawasaki hadir dengan sebuah produk helikopter yang dinamakan sebagai K-Racer.

 


K-Racer merupakan sebuah helikopter tanpa juruterbang, dan ia menjelaskan kenapa dimensi helikopter ini adalah sangat kecil dan memiliki saiz yang sedikit besar berbanding Kawasaki H2R.

Tidak seperti tipikal helikopter, K-Racer tidak mempunyai rotor ekor, sebaliknya ia dipasang dengan dua kipas props pada 'sayap pendek' yang mengendalikan kawalan yaw serta mengimbangkan tork daripada rotor utama.

Rekaan rotor itu juga berperanan untuk menjana tenaga bagi menggerakkan K-Racer jauh lebih pantas berbanding sebuah helikopter konvensional, sama seperti sebuah Ninja H2R.

Namun, apakah kaitan K-Racer dengan Kawasaki H2R?

 


K-Racer mempunyai nadi pengecas lampau yang disumberkan dari Kawasaki H2R!!

Atas kertas, enjin empat silinder sebaris DOHC bersesaran 998 cc dengan pengecas lampau itu mampu menghasilkan 310 kuasa kuda dan 156 Nm daya kilas, membenarkan ia mencapai kelajuan sehingga 420 km/j!

Pun begitu, pada ketika ini K-Racer hanyalah merupakan sebuah produk demonstrasi teknologi semata-mata, namun dalam ujian yang dijalankan Kawasaki berjaya menunjukkan ia mampu bergerak stabil di dalam kawalan autonomi.