Kawasaki India lancar minyak pelincir premium, dibangunkan oleh PETRONAS Lubricants

oleh Mohamad Hanif|
India Kawasaki Motors Pvt. Ltd baru-baru ini melancarkan produk minyak enjin premium Kawasaki Genuine Ultra-Premium 10W-40 Oil yang dibangunkan oleh PETRONAS Lubricants.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Minyak enjin premium sintetik penuh dengan spesifikasi perlumbaan ini direka khusus, diuji dan dibangunkankan menerusi kolaborasi PETRONAS dan Kawasaki Technologies untuk motosikal Kawasaki berprestasi tinggi di India.
 

Kawasaki


Ia menggunakan formulasi khas Dual Ester Technology untuk prestasi enjin yang cemerlang, kualiti tunggangan yang lebih unggul serta mampu memanjangkan hayat dan prestasi enjin.

Sesuai dengan namanya, Kawasaki Genuine Ultra-Premum 10W-40 ini didatangkan dalam bekas yang premium dan boleh didapati di semua pusat pengedar sah Kawasaki di negara tersebut.
 

Kawasaki


Harga jualan bermula dari INR1,299 (RM69.39).

Sumber: Kawasaki India

Berita Berkenaan

Berita Domestik
PETRONAS Lubricants International dengan kerjasama Despark International College telah merangka…
Informasi
  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PLI, Giuseppe D'Arrigo, berkata pandemik…
Berita Global
Menurut naib presiden perniagaan pemasaran hiliran dan juga pengerusi Petronas Lubricants…