Kawasaki, Honda, Suzuki, Yamaha bangunkan sistem bateri mudah ganti untuk motosikal elektrik

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini mungkin satu berita yang paling besar dan paling penting dalam sejarah motosikal dunia. 

Empat kuasa besar Jepun (Kawasaki, Honda, Suzuki dan Yamaha) telah menandatangani perjanjian persefahaman terbaharu bagi membangunkan teknologi bateri mudah ganti khusus untuk motosikal berkuasa elektrik.

Sistem penukaran bateri pantas ini bukanlah satu teknologi baharu, memandangkan sebelum ini ia pernah dipopularkan oleh syarikat Taiwan Gogoro pada tahun 2015, sebelum gergasi skuter negara tersebut, KYMCO memperkenalkan skuter Ionex - juga dengan teknologi yang serupa. 

Baca: Gogoro lancar skuter dengan ciri penukaran bateri pantas

 


Masalah jarak pengoperasian mungkin tidak menjadi sebarang masalah buat kereta elektrik, namun bagi motosikal elektrik ia masih lagi menjadi satu kebimbangan besar di kalangan para pemilik.

Walaupun dengan teknologi bateri yang semakin besar, anda mungkin tidak akan mencapai jarak operasi yang sama seperti motosikal berkuasa petrol. 

Masalah stesen pengecasan yang kurang didapati, dan masa pengecasan yang agak lama juga merupakan antara perkara yang perlu difikirkan. 

 


Untuk itu, empat kuasa besar Jepun itu tadi menggunakan idea sistem penukaran bateri pantas pada pusat pengecasan bateri bagi menjimatkan masa yang perlu dihabiskan ketika proses pengecasan dilakukan. 

Menurut laporan media Jepun, fokus akan ditumpukan kepada motosikal elektrik kecil (lebih kurang saiz motosikal 125 cc) dan kerjasama ini bakal memperlihatkan sebuah sistem pengecasan yang seragam dan mudah untuk digunakan. 

Ini juga merupakan kali pertama para pengeluar motosikal Jepun bekerjama bagi menghasilkan kenderaan elektrik dua roda secara produksi massa, dan pengumuman ini dilihat bakal menjadi pengubah masa hadapan dunia motosikal. 

Sumber: New Atlas

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…
Pelancaran Motosikal
Sedikit berbeza dengan model Alva One yang terdahulu, versi kemas kini terbaharu ini tampil dengan…
Informasi
Jarak gerak yang terlalu pendek Rata-rata, ini ialah isu utama yang menjadi halangan.  Syarikat…