Kawasaki GT World Ninja dilancarkan - kedai konsep premium bagi jenama Kawasaki di Bandar Sunway

oleh Mohamad Hanif|
SC Premium Bikes Sdn Bhd sebentar tadi telah melancarkan pembukaan kedai konsep premium bagi jenama Kawasaki, iaitu Kawasaki GT World Ninja dan Kawasaki Exclusive Service Centre bertempat di Bandar Sunway.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors Malaysia, Ahmad Faez Tan Sri Yahya serta dihadiri oleh Pengarah Urusan KMSB, Dato' Jeffrey Lim. 
 


Kawasaki GT World Ninja merupakan kedai konsep premium yang menjual dan mempromosikan motosikal jenama Kawasaki dan turut dibantu operasinya oleh Kawasaki Exclusive Service Centre (KESC) bagi memberikan perkhidmatan servis selepas jualan kepada para pelanggan Kawasaki. 

 


Apa yang menarik, SC Premium Bikes Sdn Bhd selaku pengoperasi Kawasaki GT World Ninja menggunapakai teknologi hijau bagi memberikan kuasa elektrik kepada sistem pencahayaan dan peralatan pejabat menerusi pemasangan kuasa solar. 
 


Dengan pembukaan kedai konsep premium ini, para pelanggan Kawasaki boleh terus membeli motosikal idaman mereka dan dalam masa yang sama boleh menghantar motosikal untuk diservis dan dibaiki di dalam suasana yang lebih eksklusif, kesemuanya menerusi satu bumbung yang sama. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hak pengedaran tersebut kini dipenuhi oleh Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat Motosikal…
Berita Domestik
Keputusan itu dibuat oleh barisan lembaga pengarah KMSB mengambil kira beberapa perkembangan…
Berita Global
“Pelaburan dalam bentuk motosikal retro atau klasik adalah lebih menguntungkan dan disamping itu,…