Kawasaki dedah model prototaip motosikal hibrid

oleh Mohamad Hanif|
Kawasaki baru-baru ini memperlihatkan secara rasmi model motosikal prototaip yang dilengkapi dengan trenkuasa hibrid elektrik di Tokyo, Jepun.

Model prototaip tersebut memperlihatkan gandingan enjin parallel-twin dan motor elektrik yang dipasang pada bahagian atas transmisi dengan satu tujuan - untuk menawarkan kadar penjimatan bahan api yang baik terhadap sistem yang sudah terbukti menjimatkan.
 

kawa


Selain daripada itu, penggunaan trenkuasa hibrid dikatakan mampu untuk mengurangkan emisi, dan terdapat kemungkinan besar Kawasaki mahu menguji keupayaan untuk bergerak dalam mod sifar emisi dalam jarak yang dekat.

Malah, pada masa akan datang, sistem ini boleh dihubungkan dengan GPS yang akan membolehkan motosikal memasuki mod sifar emisi secara automatik.
 

Kawa


Sama seperti kereta hibrid, motosikal hibrid ini juga boleh menggunakan sistem brek regeneratif untuk mengecas kembali bateri hibrid yang kecil itu.

Selain daripada itu, model prototaip ini juga turut menampilkan teknologi penukaran gear automatik bagi membolehkan penukaran antara mod petrol, elektrik atau hibrid dengan lebih lancar.

 


Sumber: Cycle World

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis pelancaran pusat 4S baharu itu telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kawasaki Shah…
Pelancaran Motosikal
Ia dikuasakan oleh enjin parallel-twin 649 cc sejukan cecair yang mampu menjana kuasa 60 hp dan…
Berita Domestik
EMOS akan mengedarkan Z-Box Edisi terhad itu kepada 300 pembeli terawal model Modenas Z250 baharu,…