Kawasaki daftar paten motosikal bersesaran kecil - lengkap dengan sistem hibrid!

oleh Mohamad Hanif|
Idea untuk menghasilkan sebuah motosikal hibrid bukanlah satu perkara yang baharu di kalangan para pengeluar, namun kekangan ruang dan teknologi adakalanya membataskan idea tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Akan tetapi, ia bukanlah satu penghalang, memandangkan BMW Motorrad sebelum ini pernah hadir dengan idea tersebut menerusi BMW R1200GS X2 yang digandingkan dengan sebuah motor elektrik memacu roda hadapan. 

Tidak diketahui sama ada ia masih dalam fasa pembangunan atau sekadar terkubur begitu sahaja disebabkan mereka mengakhirinya dengan frasa "April Fool" bagi mengenakan para peminatnya.

 


Kembali ke masa nyata, laman web VisorDown telah menyedari sebuah paten yang didaftarkan oleh Kawasaki didapati tertiris yang menunjukkan sebuah rekaan motosikal hibrid, lengkap dengan enjin berkapasiti kecil, motor elektrik dan pek bateri. 

Tidak seperti BMW R1200GS X2, Kawasaki memposisikan motor elektrik betul-betul disebalik enjin silinder tunggal, manakala pek bateri pula menggantikan posisi tangki bahan api konvensional. 

Manakala lokasi tangki bahan api telah dialihkan ke bahagian bawah tempat duduk. 

Bagaimana Kawasaki bakal hadir dengan rekaan akhir yang mampu memuatkan segala komponen di atas, kita tunggu dan lihat sahaja kepintaran Kawasaki di dalam hal ini. 

 


Jika benar berita ini menjadi kenyataan, Kawasaki mungkin merupakan antara pengeluar pertama yang mampu menghasilkan motosikal dengan sistem hibrid sebenar untuk pasaran arus perdana.

Sebelum ini juga Kawasaki pernah mengejutkan dunia dengan pengenalan motosikal berkuasa turbo GPZ750 dan superbike terpantas di dunia dengan bantuan pengecas lampau H2 dan H2R. 

Sumber: VisorDown

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Berita Global
Akan tetapi, usah terkejut apabila jenaka kotak gear Fast Furious itu ternyata bakal menjadi satu…
Berita Global
Selepas berjaya menghasilkan unit penambah jarak rotari dengan rekaan rotor tunggal 8C pada Mazda…