Kawasaki buka Kawasaki Ninja Shop, Kawasaki Exclusive Service Centre di Klang

oleh Mohamad Hanif|
Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd pada hari ini telah melancarkan pembukaan sebuah lagi Kawasaki Ninja Shop dan Kawasaki Exclusive Service Centre bertempat di Klang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Ia tentunya merupakan sebuah lagi pencapaian bermakna buat Wah Motor Superbikes dan Kawasaki Motors Malaysia dalam usaha meluaskan lagi penawaran khidmat selepas jualan di kawasan Tengah. 

 


Selain menjual barisan motosikal terbaharu Kawasaki, Wah Motor Superbikes turut menawarkan servis yang eksklusif dan terbaik di bawah satu bumbung. 

Pusat servis motosikal eksklusif Kawasaki ini turut menawarkan sehingga tiga ruang servis pengangkat yang terletak di bangunan yang berdekatan. 

 


Majlis pembukaan Kawasaki Ninja Shop dan Kawasaki Exclusive Service Centre ini disempurnakan oleh YBhg Dato' Jeffrey Lim, Pengurus Besar dan Pengarah Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd, Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors Malaysia, Ahmad Faez Tan Sri Yahaya serta dihadiri oleh barisan pengurusan Wah Motor Superbikes.
 


Buat para pemilik Kawasaki yang ingin mendapatkan khidmat mereka, atau membeli aksesori motosikal yang bersesuaian dengan kehendak jiwa, boleh berkunjung ke Wah Motor Superbikes Sdn Bhd yang terletak di No. 2, Lintang Gelugor, Off Persiaran Sultan Ibrahim, 41300 Klang, Selangor.