Kawasaki bangunkan ZX-25R - enjin empat silinder sebaris, redline 20,000 rpm, 60 PS!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kawasaki dilaporkan sedang membangunkan sebuah motosikal segmen suku liter yang bakal digelar sebagai Ninja ZX-25R.

Namun, berita yang timbul selepas itu lebih mengejutkan di mana enjin empat silinder sebaris 250 cc itu dikatakan mampu menghamburkan kuasa setinggi 60 PS!

Sebagai perbandingan, kuasa yang terhasil itu melebihi apa yang Ninja 400 hasilkan. 

Khabar angin juga turut berlegar menyatakan bahawa enjin tersebut mampu mencapai putaran enjin setinggi 20,000 rpm, dan sudah tentu Kawasaki sedar akan penggunaan bahan yang bersesuaian bagi membolehkan enjin sekecil 250 cc itu mencapai dakwaan tersebut. 

Laporan tersebut antara lain turut menyatakan bahawa rekaan luaran Ninja ZX-25R baharu ini akan memakai bahasa rekaan dan elemen yang sama pada Ninja H2 seperti lampu LED, paparan meter digital dan juga ride-by-wire. 

Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang pengesahan berkenaan tarikh pelancaran rasmi Kawasaki Ninja ZX-25R ini, namun besar kemungkinan ia akan diperkenalkan buat kali pertama di Tokyo Motor Show tahun ini. 

Sekiranya dilancarkan, bagaimana Kawasaki akan memposisikan ZX-25R dengan enjin empat silinder jika dibandingkan dengan pesaing yang rata-ratanya memiliki konfigurasi enjin parallel-twin?

Sumber: Bikes Republic

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…
Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…