Kawasaki bangunkan sistem transmisi semi-automatik

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada sistem transmisi klac berkembar DCT yang dibangunkan oleh Honda, Kawasaki juga nampaknya diberitakan sedang membangunkan sistem transmisi semi-automatik yang tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbeza daripada DCT Honda, rekaan transmisi semi-automatik Kawasakin ini dikatakan menampilkan mekanisme penukaran elektronik yang lebih ringkas dengan menggunakan aktuator elektronik dan tidak lagi menggunakan sambungan fizikal antara pedal kaki dan dram penukaran gear.

Senang cerita, macam teknologi shift-by-wire.

 


Ini bermakna, rekaan motosikal pada masa akan datang tidak lagi dihadkan dengan posisi tunggangan yang tipikal sahaja, sebaliknya para pereka boleh meneroka kemungkinan yang lebih luas bagi menjadikan tunggangan lebih ergonomik dan selesa.

Selain daripada itu, rekaan yang ringkas itu menjadikan penukaran gear yang lebih pantas berbanding sistem quickshifter tradisional, dan sistem komputer akan memastikan kadar putaran enjin akan sentiasa dipadankan untuk penukaran gear yang lebih lancar.

 


Jadi, tunggangan akan menjadi lebih mudah tanpa perlu penunggang menentukan sendiri masa yang sesuai untuk menukar gear, terutama bagi motosikal seperti cruiser atau motosikal kembara seperti Versys.

Setakat ini, sistem transmisi semi-automatik ini masih lagi didalam fasa pembangunan dan tiada sebarang petanda bila ia akan muncul pada model produksi sebenar.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…