Kawasaki bangunkan robot kambing, manusia pun boleh tunggang!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara pameran iREX yang berlangsung di Jepun minggu lalu, Kawasaki memperlihatkan sebuah model robot kambing ibex (salah satu spesies kambing liar) yang boleh ditunggang oleh manusia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model konsep robot kambing itu dibangunkan oleh jurutera yang telah berkecimpung dalam projek Robust Humanoid Platform yang digelar sebagai Kaleido sejak 2015 lagi.

Menurut Kawasaki, robot kambing ini mampu menampung beban sehingga 100 kg, dan bentuk badan yang telah direka bagi membolehkan tunggangan yang selesa.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan unit kamera yang mampu membantu manusia dalam kerja-kerja seperti pemantauan ladang tanaman serta beberapa kerja penting di luar sana.