Kawad Konvoi sempena penghantaran komponen Sikorsky ke DMU Pangkalan Udara Subang

oleh Mohamad Hanif|
Pangkalan Udara Butterworth buat julung kalinya melaksanakan kawad konvoi bagi penghantaran komponen pesawat helikopter Sikorsky S61A-4 Nuri dari No. 3 Skuadron, Pangkalan Udara Butterworth ke Depoh Materiel Utama (DMU) Pangkalan Udara Subang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kawad konvoi ini melibatkan pergerakan 20 buah kenderaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu lapan buah treler Prime Mover, 3 buah Frontier, tuga kenderaan utiliti, dua buah lori tiga tan, dua buah Hilux, sebuah bas TUDM dan SUV Fortuner.

Konvoi ini diketuai oleh Mejar Narmiazrul bin Abdul Rahman, Ketua Flait Kejuruteraan No. 3 Skuadron diiringi oleh Kapten Shazmi bin Hilmi, Ketua Fleet Kenderaan PU Butterworth yang bertindak sebagai Ketua Pergerakan Konvoi, serta iringan anggota bersenjata daripada Skuadron 214 HANDAU.

 


Pelepasan kumpulan kawad konvoi ini dilakukan oleh Komander PU Butterworth, Brigedier Jeneral Shaiful Azuar bin Ariffin dan disaksikan oleh pegawai-pegawai eksekutif pangkalan.

Konvoi ini berlepas pada jam 8.30 pagi dan selamat tiba di DMU, PU Subang pada jam 2.30 petang dibantu dengan tiga buah motosikal pengiring Cawangan Trafik PDRM.

Pemindahan komponen pesawat helikopter ini bertujuan untuk pelaksanaan proses Preservation and Long Term Storage sementara menunggu proses pelupusan secara rasmi.

Selamat bersara, Nuri!