Kaunter JPJ mula dibuka 29 April - 8 pagi sampai 1 tengah hari

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan membuka kaunter bagi semua urus niaga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 29 April ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi satu kenyataan, JPJ berkata, ia melibatkan perkhidmatan urus niaga bagi kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan barangan dan kenderaan pelancongan.

Operasi kaunter dibuka pada hari bekerja bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari sahaja.

Bagaimanapun, hanya beberapa pejabat akan beroperasi dalam satu-satu negeri.

“Perkhidmatan di kaunter pula hanya melibatkan urus niaga membabitkan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) kenderaan perdagangan.

“Kaunter juga dibuka untuk urusan lesen memandu Malaysia, lesen Vokasional (GDL, PSVD) dan penyelesaian senarai hitam serta pembayaran saman,” katanya.

JPJ berkata, bagi urus niaga di kaunter melibatkan perkhidmatan lain, arahan pembukaan hanya akan dikeluarkan mengikut perkembangan semasa berhubung isu wabak koronavirus (Covid-19) yang mana ia meliputi keputusan kerajaan kelak.

Demi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan dan pematuhan terhadap PKP yang diarahkan orang ramai yang datang berurusan di JPJ, semua pihak dinasihatkan untuk mengikuti garis panduan pencegahan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Senarai pembukaan cawangan bagi urus niaga pembaharuan (LKM) kenderaan perdagangan:

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

1. JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wangsa Maju
2. JPJ cawangan Bandar Seri Permaisuri
3. JPJ cawangan Manjalara

NEGERI SEMBILAN

1. JPJ Negeri Sembilan, Seremban
2. JPJ cawangan Kuala Pilah
3. JPJ cawangan Jempol

JOHOR

1. JPJ Johor
2. JPJ Muar
3. JPJ Segamat
4. JPJ Batu Pahat
5. JPJ Kluang
6. JPJ Pontian
7. JPJ Mersing

SABAH

1. JPJ Sabah, Kota Kinabalu
2. JPJ cawangan Sandakan
3. JPJ cawangan Tawau
4. JPJ cawangan Lahad Datu
5. JPJ cawangan Keningau
6. JPJ cawangan Beaufort
7. JPJ cawangan Kota Marudu

PERLIS

JPJ Negeri Perlis

Pulau Pinang

1. JPJ Seberang Jaya
2. JPJ Batu uban

PERAK

1. JPJ Ipoh
2. JPJ cawangan Taiping
3. JPJ cawangan Manjung
4. JPJ Teluk Intan

MELAKA

JPJ Bukit Katil

SELANGOR

1. JPJ Shah Alam
2. JPJ cawangan Petaling Jaya
3. JPJ cawangan Bangi
4. JPJ cawangan Banting
5. JPJ cawangan Kuala Kubu Baharu
6. JPJ cawangan Sabak Bernam

KEDAH

1. JPJ Negeri Kedah
2. JPJ cawangan Sungai Petani
3. JPJ cawangan Langkawi

SARAWAK

1. JPJ Kuching
2. JPJ cawangan Sri Aman
3. JPJ cawangan Sarikei
4. JPJ cawangan Bintulu
5. JPJ cawangan Sibu
6. JPJ cawangan Miri

PAHANG

1. JPJ Pahang
2. JPJ cawangan Temerloh
3. JPJ cawangan Raub

KELANTAN

JPJ Kelantan

TERENGGANU

JPJ Terengganu

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Labuan

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Jelas beliau, setakat 29 Februari lalu sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah…
Berita Domestik
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi dijalankan bermula kira-kira jam 9 pagi…
Informasi
MyEG berkata kedua-dua syarikat itu masing-masing menerima surat pelantikan daripada JPJ pada Isnin…