Kasut memandu Mazda x Mizuno tampil dengan rekaan Kodo, bermula dari RM1,506

oleh Mohamad Hanif|
Mazda menerusi kerjasama dengan syarikat pengeluar peralatan sukan Jepun Mizuno telah melancarkan sepasang kasut pemanduan baharu yang menampilkan bahasa rekaan pengeluar tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan menggunakan kepakaran Mizuno, kasut baharu itu kini menampilkan elemen Kodo Soul of Motion dengan garisan yang minima serta pendekatan ringkas bagi menampilkan kasut yang lebih bergaya.

 


Walaupun pendekatan ringkas digunakan, kasut tersebut dikatakan mampu menawarkan operasi pemanduan yang lebih selesa, ringan dan dalam masa yang sama kawalan pedal yang lebih jitu dan lebih meyakinkan.

Selain daripada itu, kasut itu juga mempunyai rekaan tapak kaki berbentuk bulat yang mampu meningkatkan kadar sentuhan dengan lantai bagi memudahkan pergerakan kawalan pedal.

Ia juga dibantu dengan jaringan berstruktur pada bahagian tendon Achilles yang mampu menyerap segala perubahan bentuk dan mengekalkan kesesuaian pemakaian.

 


Tidak seperti kasut pemanduan tipikal yang keras dan kurang sesuai digunakan di luar kereta, Mizuno mengaplikasikan teknologi tersendiri dinamakan sebagai Cob "pod clusters" yang mampu memberikan maklum balas dari pedal secara langsung dari pedal, dan dalam masa yang sama kekal selesa untuk kegunaan seharian.

Harga jualan untuk sepasang kasut Mazda x Mizuno ini bermula dari ¥39,600 (RM1,506) dan pra-tempahan boleh dibuat di Makuake sebelum penghantaran dilakukan bermula Mac 2022.

Tiada sebarang maklumat berkenaan keterdapatan produk kasut memandu ini di luar pasaran Jepun pada ketika ini.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Masalah tali kasut yang sering kali tertanggal boleh mengganggu tumpuan ketika pemanduan atau…
Gaya Hidup
Untuk mereka yang benar-benar serius di dalam pemanduan kenderaan mereka, kepentingan kasut memandu…