Kastam nafi kenderaan biasa tiada cukai jualan SST

oleh HEZERI SAMSURI|
Modenas

 

Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyatakan sebentar tadi bahawa senarai cadangan barang-barang yang dikecualikan daripada cukai jualan semasa pelaksanaan SST pada 1 September ini hanya merujuk kepada komponen -komponen yang tercerai bagi pemasangan kenderaan penumpang (CKD).

Menurut Ketua Pengarah Kastam, Datuk Sri Subromaniam Tholasy, apabila kenderaan ini siap dipasang, kenderaan itu akan tertakluk kepada cukai SST.

Dengan penjelasan tersebut, pihak Kastam berharap isu ini selesai dan tidak akan mengelirukan rakyat dan pengguna.

Sebelum ini, beberapa media utama melaporkan bahawa kenderaan penumpang bakal tidak dikenakan GST. Ia merujuk wawancara media bersama dengan Subromaniam.

Sementara Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad yang diwawancara oleh TV3 berkata senarai pengecualian cukai untuk komponen CKD yang dikeluarkan oleh pihak kastam itu membantu ahli-ahli persatuan dengan cara memudahkan proses dokumentasi mereka.

Aishah berkata harga kebanyakan kenderaan akan naik kerana SST menjelang September 2018.

Di bawah ialah kenyataan akhbar dari Kastam. 

 


 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Perintah larangan tersebut dibuat memandangkan syarikat tersebut gagal untuk memenuhi syarat…
Berita Domestik
Tahun lalu, Shell mengadakan ujian makmal secara rawak terhadap sampel-sampel produk yang didakwa…
Berita Domestik
Timbalan Ketua Pengarah JKDM Datuk Azimah Abd Hamid berkata rampasan terbesar di Lembah Klang untuk…