Kastam Kelantan kutip RM3.2 juta hasil lelongan 236 kenderaan tanpa AP

oleh Penyumbang Rencana|
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merekodkan lelongan sebanyak 236 buah kenderaan tanpa permit import (AP) dan dilucut hak pada tahun lalu dengan nilai keseluruhan RM3.2 juta.


Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, kenderaan-kenderaan tersebut masih boleh didaftarkan dan berkeadaan baik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Wan Jamal  berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 141 buah kenderaan bernilai RM2.87 juta yang masih dalam keadaan baik dan boleh didaftar telah dilelong secara terbuka melalui tiga siri jualan tender bersepadu.

 

“Nilai jualan tender terbuka yang berjaya dijalankan bagi ketiga-tiga siri tender terbuka tersebut sebanyak RM2.9 juta,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

 

Beliau berkata, sebanyak 95 kenderaan yang tidak boleh didaftarkan dan tidak boleh digunakan lagi dilelong melalui sebut harga terbuka skrap.

 

“Dua siri sebut harga terbuka skrap dijalankan dan berjaya diperolehi sebanyak RM274,348,” katanya.

 

Dalam perkembangan sama, Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, kenderaan-kenderaan tanpa permit (AP) dari negara jiran itu dibawa masuk untuk pasaran tempatan.

 

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan cara menjual kenderaan kepada rakan-rakan terdekat dan pengiklanan yang disiarkan melalui media sosial seperti Facebook.

 

“Kebiasaan harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa dan ada yang digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti penyeludupan rokok tanpa cukai,” katanya.

 

Menurut beliau, tindakan dilucut hak dibuat mengikut Seksyen 128(1), Seksyen 135(1)(a) dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

 

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak minimum 10 kali nilai barang atau RM50,000 yang mana lebih besar dan maksimum dua kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih tinggi.

 

“Atau dihukum penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama,” katanya.

 

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Semua kenderaan ini disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1957…