Pemangku Pengarah Kastam Kelantan, Koh Joo Kai berkata, hasil soal siasat membawa kepada penemuan sebuah bengkel penyimpanan motosikal terpakai dari negara jiran yang terletak di kampung berhampiran.
"Bertindak atas maklumat dari hasil serbuan yang dilakukan pada 26 September pada jam 11 pagi, pasukan kami berjaya merampas dan menyita 11 buah motosikal terpakai tiada nombor pendaftaran Malaysia yang disyaki diseludup melalui negara jiran.
"Ia melibatkan tiga buah Yamaha RXZ, RX (5), Cryptonx buatan Thailand (1), Honda LC135 (1) dan Wave (1)," katanya semasa sidang akhbar di Pejabat Kastam Kelantan Cawangan Rantau Panjang pada Isnin.
Menurut beliau, kesemua rampasan itu dianggarkan bernilai RM15,500 mengikut harga pasaran tempatan dan jumlah cukai yang terlibat ialah RM26,613.50.
Ujarnya, siasatan masih diteruskan bagi mengesan pemilik motosikal dan bengkel terbabit.