Karsan Jest Electric - bas mini dengan sistem pacuan kuasa daripada BMW i3!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak ramai yang mengetahui, dengan cara dan pengetahuan yang betul, sebuah BMW i3 sebenarnya mampu untuk menggerakkan sebuah bas mini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Inilah yang dilakukan oleh Karsan, sebuah syarikat pembina bas yang berpusat di Turki dengan menawarkan sebuah bas berkuasa elektrik sepenuhnya yang digelar Jest Electric. 

Apa yang menariknya, Jest Electric menggunakan sistem pacuan kuasa dan bateri yang diperoleh daripada BMW i3!

 

Bas kecil ini didatangkan dengan motor elektrik berkuasa 125 kW (170 hp) dengan daya kilas maksimum sebanyak 290 Nm dan transmisi kelajuan tunggal automatik. 

Untuk jarak pengoperasian pula, Karsan mendatangkan empat jenis bateri iaitu bateri tunggal 33 kWh dan 44 kWh, serta bateri berkembar berkuasa 66 kWh dan 88 kWh. 

Bergantung kepada versi bateri yang digunakan, jarak pengoperasian yang mampu dicapai bermula dari 80 km, 105 km, 165 km dan 210 km berdasarkan kiraan NEDC. 

Karsan merancang untuk memasarkan bas mini elektrik ini di Eropah dan juga di Amerika Syarikat.