KARNIVAL VESPA KUALA KANGSAR KEMBALI SELEPAS LAPAN TAHUN

oleh Penyumbang Rencana 2|
Karnival Vespa Kuala Kangsar 2020
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

KARNIVAL Vespa dengan bandar Kuala Kangsar, Perak memang sangat sinonim. Ini kerana bandar diraja tersebut menjadi lokasi yang menghimpunkan peminat-peminat skuter besi bermula dari tahun 1999.

Selepas lapan tahun menyepi, karnival ini kembali diadakan tahun ini dengan nama Karnival Vespa Perak 2020 bermula pada 6 hingga 8 Mac.

platina tetap menjadi pujaan sesetengah pemilik vespa

Menurut Setiausaha Kelab Vespa Perak, Abd. Halim Daud, Karnival Vespa Perak 2020 diadakan sebagai kemunculan kembali (comeback) perhimpunan motosikal tersebut selepas tahun terakhir diadakan pada 2012.

“Ini adalah comeback kita selepas lapan tahun. Tujuan utama nya adalah untuk menghimpunkan  peminat-peminat motosikal Vespa dan mengembalikan zaman kegemilangan perhimpunan Vespa di Kuala Kangsar.

Hj Halim masih mengingati pesanan dan merindui arwah Hj Kassim pengasas Vespa Kuala Kangsar

“Sebab itu kita menggunakan slogan Satu Vespa Sejuta Saudara, Moh Kite Ke Kuale untuk penganjuran ini. Ia signifikan motosikal Vespa dan bandar Kuala Kangsar,” katanya kepada Careta.

Menurut Abd. Halim, walaupun karnival tersebut dirancang dalam masa yang terlalu singkat iaitu tiga bulan lepas, namun ia tetap mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 2,000 penyertaan dari seluruh Malaysia termasuk dari Thailand dan Singapura.

Ujar beliau, bukan pihak penganjur sahaja yang teruja dengan kemunculan semula karnival tersebut tetapi juga peserta dengan rata-ratanya menunggang skuter Vespa masing-masing untuk berkumpul di Kuala Kangsar.

antara yg memasuki pertandingan motosikal vespa cantik

Katanya, selain perhimpunan motosikal Vespa, Karnival Vespa Perak 2020 turut mengadakan pelbagai aktiviti kepada peserta seperti sukaneka Vespa, pertandingan Vespa tercantik, larian serta persembahan live band.

Selain itu ujarnya, sebagai menghargai kehadiran peminat-peminat Vespa, karnival tersebut turut menyediakan hadiah untuk Peserta Paling Senior, Paserta Paling Muda dan Peserta Paling Awal Tiba.

antara trofi yang disediakan

Sementara itu, kami dari team Careta ingin mengucapkan salam takziah untuk keluarga salah seorang ahli Persatuan Vespa Lambretta Negeri Kedah yang meninggal dunia akibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke Karnival Vespa Perak 2020.

al fatihah buat arwah Mie Kecik

Arwah Fahmi Rosli atau lebih dikenali sebagai Mie Kecik telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Gurun, Kedah.

Salam takziah dari kami dan semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al Fatihah....

 


Artikel oleh: Hamimah Hamid dan Mohd. UmzarulFaiz Umar