Karnival Pra-Milik Bermaz Anshin tawar barisan Peugeot dan Mazda terpakai dengan pakej menarik

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bermaz Anshin kini memperkenalkan barisan terbaharu kereta pra-milik model Peugeot dan Mazda melalui Bermaz Anshin Glenmarie pada hujung minggu ini dari 8 hingga 10 September 2023.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelbagai model pra-milik Peugeot dan Mazda kini ditawarkan, termasuk Peugeot 2008, 3008, 5008, Mazda2, Mazda3, Mazda MX-30, Mazda CX-30, Mazda CX-8 dan Mazda BT-50.

Tawaran masa terhad ini menawarkan harga menarik untuk semua pelanggan Peugeot dan Mazda yang kini sedang mencari kereta khusus untuk mereka yang berkeluarga.

Semua kenderaan terpakai oleh Bermaz Anshin telah melalui prosedur pemeriksaan ketat dan rapi, termasuk pemeriksaan luaran dan dalaman, perbatuan dan pengesahan rekod perkhidmatan sebagai bukti bahawa kenderaan diservis dan diselenggara sepenuhnya oleh pengedar sah mereka.

 

2

 

Setiap kenderaan pra-milik Bermaz Anshin yang diperakui dilindungi oleh baki pakej waranti Penyelenggaraan Perkhidmatan Percuma 5 Tahun / 100,000KM, dan berdasarkan masa tarikh pendaftaran asal.

Di samping itu, Bermaz Anshin menawarkan pengalaman pemilikan yang tenang di mana setiap kenderaan dilindungi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, di bawah pakej Bantuan Tepi Jalan Kecemasan 24 Jam Peugeot dan Mazda.

Bilik pameran Bermaz Anshin Glenmarie terletak di 40, Jalan Presiden F U1/F, Accentra Glenmarie, 50140 Shah Alam, Selangor, dan boleh dihubungi di talian 03 – 5569 8080.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelbagai model dari barisan 3 jenama di bawah Bermaz Auto Berhad, iaitu Mazda, Peugeot dan Kia akan…