Karnival MYPerodua Nation pada 20hb-22hb September di Setia City Oval Lawn

oleh SALINA JALIL|
MYPerodua Nation 2019 akan membuka tirainya kepada orang ramai dari 20hb-22hb September di Setia City Oval Lawn, Setia Alam, dengan jangkaan kira-kira 25,000 pengunjung di sepanjang tiga hari acara tersebut berlangsung.


MYPerodua Nation merupakan karnival Perodua terulung yang diadakan setiap tahun sejak 2017 untuk memaparkan segalanya mengenai Perodua.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

“Setelah berlangsung dengan jayanya di Shah Alam pada 2017 dan Sungai Petani pada 2018, MYPerodua Nation 2019 menjanjikan hujung minggu yang lebih menarik dan menyeronokkan buat semua,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

 

“Dengan tawaran menarik bagi kenderaan baharu, termasuk tawaran istimewa untuk perkhidmatan e-hailing, pelajar dan graduan, serta tawaran selepas jualan bagi pakej dan kit badan GearUp, minyak pelincir, alat ganti dan aksesori, inilah masa dan tempat yang terbaik untuk menjadi pelanggan Perodua,” tambahnya.
 

 

Untuk kemudahan pelanggan, seluruh rangkaian produk dan perkhidmatan Perodua akan turut berada di sana, termasuklah Perodua Total Protect Plus, Kenderaan Pra-Milik Perodua (POV), aksesori dan koleksi GearUp, alat ganti, Minyak Tulen Perodua dan program kesetiaan pelanggan, UFirst.

 

Syarikat Perbankan dan insurans juga akan berada di sana untuk memudahkan proses pembelian.

 

“MYPerodua Nation memberi kami peluang untuk mendekati para pelanggan yang dihargai supaya kami boleh memenuhi keperluan dan kehendak mereka dengan lebih mendalam. Kami amat berbesar hati untuk bertemu para pengunjung sepanjang tiga hari karnival ini berlangsung,” kata Dato’ Zainal lagi.


 

 

Para pengunjung juga boleh membuat temu janji servis, memeriksa kenderaan mereka dengan Tweckbot secara percuma, memandu uji model-model terkini Perodua, merasai demonstrasi sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA), menerokai sejarah 26 tahun Perodua di ruang pameran Perodua Journey serta pelbagai pertandingan dan aktiviti lain yang disediakan.

 

Di sudut permainan kanak-kanak pula, terdapat aktiviti-aktiviti menarik seperti bungee trampolin,mewarna model tanah liat, perlumbaan realiti maya (VR) dan aktiviti drift basikal roda tiga.

 

Terdapat juga persembahan dan penampilan khas artis-artis terkenal termasuk Bunkface, Aman RA, Naim Daniel dan ramai lagi.

 

“Kejayaan Perodua selama ini adalah hasil sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia. Oleh itu, MYPerodua Nation bukan sekadar meraikan Perodua tetapi seluruh rakyat Malaysia. Karnival ini ditujukan khas kepada anda semua. Jumpa di sana!” kata Dato’ Zainal.

 

 

POV

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…