Karnival MYPerodua Nation gegar Sungai Petani hari ini!

oleh Afandi Che Muhamad|
Karnival terbesar anjuran Perodua, MYPerodua Nation kini kembali lagi dengan pelbagai tawaran dan aktiviti menarik khusus untuk pemilik kenderaan jenama tempatan berkenaan.

Menariknya, destinasi pertama kunjungan karnival berkenaan kali ini terletak di utara tanah air. Di mana? Di Amanjaya Mall, Sungai Petani. Wah!
Kawasaki Legend Reborn

Untuk makluman, karnival tersebut bakal membuka tirai penganjuran dari pukul 10 pagi hingga 10 malam bermula hari ini (13 Januari 2018) hingga esok.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, pihaknya menjanjikan 'sesuatu' untuk pengunjung yang bakal hadir ke karnival berkenaan esok (hari ini).

"Pengunjung yang hadir bakal menikmati diskaun sebanyak 50 peratus untuk alat ganti terpilih, aksesori GearUp dan cenderamata eksklusif.

"Bukan itu sahaja, kita (Perodua) turut menjalankan kempen Happy New Ride yang menawarkan rebat sebanyak RM2,000 bagi setiap pembelian model Bezza Standard G dan Alza manakala untuk Bezza Advance juga Axia pula RM1,500.," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Zahari, pengunjung berpeluang membawa pulang seunit telefon pintar yang ditawarkan untuk cabutan bertuah karnival itu nanti.

Turut tidak ketinggalan, pengunjung bakal dihiburkan dengan konsert yang menampilkan beberapa selebriti seperti Aiman Tino, Aizat Amdan, Projector Band, Hazama, Siti Nordiana dan watak kartun terkenal, BoBoiBoy pada sebelah malam karnival berlangsung.

Maklumat lanjut mengenai MYPerodua Nation boleh didapati di laman web, www.perodua.com.my.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Kami masih belum dapat memberikan tempoh masa penghantaran yang penuh, namun tenaga kerja di…
Uncategorized
Pusat baharu yang bernilai RM2 juta ini dimiliki dan dikendali sepenuhnya oleh pengedar Perodua,…
Berita Domestik
"Sumbangan ini membuktikan bahawa Perodua dan kakitangan kami mahukan Malaysia yang lebih baik, dan…