Karnival jualan My Auto Fest 2016

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Bagi merancakkan lagi jualan dan memberi nilai terbaik pada pengguna, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menganjurkan satu acara karnival jualan kenderaan, dinamakan sebagai My Auto Fest 2016 bertempat di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC) pada 20 hingga 22 Mei ini. Antara pengeluar dan pengedar yang sedia memberikan diskaun hebat semasa acara ini adalah Proton Edar, Honda Malaysia, UMW Toyota, Peugeot, Kia, Citroen, Edaran Tan Chong Motor, Sime Darby Auto Connnexion, Jaguar Land Rover (M) Sdn Bhd, Volvo Cars, Motor Image Malaysia, Daihatsu Sales Sdn Bhd dan Daihatsu Motors Malaysia Sdn Bhd. Berita baik untuk pengunjung, tiada sebarang bayaran akan dikenakan untuk acara ini, malah mereka dapat memandu uji kenderaan yang dipamerkan serta menikmati pelbagai aktiviti lain yang disediakan untuk seisi keluarga. Selain kereta dan aksesori automotif, tapak acara turut akan dimeriahkan dengan gerai jualan barangan gaya hidup, fesyen, kesihatan dan trak makanan. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi CM Goh dari MAA (0378439947) atau Jaswir Kaur (0122654502). Auto Fest cover design