Karlmann King - khas untuk taukeh kosmetik

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kadang-kala, ada profession yang perlukan sebuah kenderaan untuk menarik perhatian pelanggan atau juga wakil penjual (reseller).

Jika anda seorang pengusaha perniagaan kosmetik pelbagai jenama, kini sudah ada sebuah SUV yang direka oleh syarikat IAT Automobile Technology dari China tetapi menggunakan sebuah pasukan seramai 1,800 orang dari Eropah untuk membinanya.

Karlmann King ini dibina di atas platform sebuah trak Ford F-550 dan ianya mempunyai berat kasar 4,500 kg. Jika ia dipasang dengan lapisan perisai kalis peluru, beratnya naik sehingga 6,000 kg.

 

 

Sistem gantungan ialah solid axle dengan pam udara untuk depan dan juga belakang. Saiz tayar cuma 40-inci dengan roda aloi 20-inci.

Tangki bahan api pula ialah sebesar 151.5 liter. Sangat besar tetaoi ini mungkin kerana enjin yang digunakan juga sebesar enjin lori.

Enjin yang digunakan ialah enjin 6.8-liter V10 petrol. Transmisi ialah 6-kelajuan automatik pacuan 4-roda. 

 

 

Halaju maksimum dijangkakan ialah 140 kmsj, bermakna adik-adik dengan Y15 mampu memotong gergasi ini dengan mudah. Yang menaiki kapchai 185 cc mungkin lambat sedikit kerana perlu singgah di bengkel untuk tuntutan waranti beberapa kali.

Sayang sekali tidak banyak fakta teknikal dibekalkan untuk Karlmann King ini, mungkin kerana mereka tahu bakal pembeli tidak begitu kisah akan hal itu dan lebih mementingkan faktor luaran. 

Bahagian badan menggunakan gentian karbon dan juga besi dan direka agar kelihatan sangat futuristik. 

 

 

Ruang dalam sudah lebih kepada sebuah limosin. Ia lengkap dengan TV, permainan video, peti sejuk untuk arak dan kemasan dalam yang memang sangat mewah. Tiada gambar untuk papan pemuka - mungkin belum siap dibina.

Tidak salah dikatakan ia memang kelihatan seperti dibina disebelah Bat Mobile. Dan jika ia diparkir di luar sebuah pejabat MLM, pastinya kami sendiri tertarik dengan konsep perniagaan mereka dan akan singgah untuk menyertai syarikat itu.

 

 

Bagi mereka yang sudah berminat, anda boleh email [email protected] untuk menempah unit anda. Harganya cuma sekitar US$2 juta atau RM7.8 juta sebelum cukai dan lain-lain kos. 

 

king 1

 

king 2

 

king 3

 

king 4