Karamjit tukar ke Myvi Turbo

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Lagenda rali negara, Karamjit Singh bakal memandu jentera Perodua Myvi Turbo untuk kejohanan Asia Pacific Rally Championship 2023 setelah 35 tahun berlumba jentera Proton.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jentera pilihan Cisco Racing Team, iaitu Perodua Myvi sedang dibina dengan jumlah belanja lebih dari setengah juta ringgit itu akan dipandu oleh Karamjit Singh bersama juruarah Jagdev Singh di kejohanan Asia Pacific Rally Championship 2023.

 

4

 

Walaupun bakal berusia 61 tahun pada hujung bulan ini, Karamjit dilihat masih lagi kompetetif di perlumbaan rali peringkat Nasional dan Asia, sesuatu yang menakjubkan untuk dilakukan pada usia sebegitu.

Pasangan Singh itu sebelum ini menjadi perhatian apabila berjaya menewaskan pelumba Asia yang menggunakan jentera lebih laju dengan hanya menggunakan jentera Proton Gen2 AWD turbo di Indonesia.

 

3

 

Mereka juga berjaya memenangi Perlumbaan Rally MNRC yang diadakan di Maran tahun lepas. Sehingga hari ini, Karamjit dan Jagdev dilihat masih lagi layak bergelar pelumba rali nombor satu negara.

Antara pencabar terdekat yang dilihat mampu menyaingi mereka ialah Saladin Mazlan yang juga dikatakan sedang mempersiapkan jentera bagi menghadapi perlumbaan APRC 2023.

 

2

 

Malaysian National Rally Championship (MNRC) merupakan acara perlumbaan rali yang dianjurkan oleh Purnama Rally Motorsports Club, diketuai oleh presidennya, Jamaluddin Bin Haji Tukimin.

Setelah kejayaan penganjuran perlumbaan acara itu pada tahun lepas di Maran, Purnama Rally Motorsports Club selaku penganjur kini sedang berusaha bagi mencari penaja dan kelulusan berkaitan untuk mengadakan MNRC tahun 2023, dimana tarikh dan tempatnya akan diumumkan kelak.

 

gen2

 

Ketua Pegawai Eksekutif Cisco Malaysia dan pemilik Cisco Racing Team, Rabin Nijhar berkata, "Ini merupakan berita hebat untuk dikongsikan kepada semua rakyat Malaysia kerana sebagai negara, kita perlukan keberanian dan inspirasi."

"Kita semua menghadapi masa dan perubahan yang mencabar. Tetapi, jika kita semua boleh kekal sebagai satu pasukan, seperti Karamjit dan Jagdev, kita juga boleh mencapai kejayaan walau apa pun rintangan dihadapi. Itulah yang rakyat Malaysia perlu dengar dan percaya sekarang."

 

Sumber: E3 Sport Channel

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia akan mengembalikan memori ketika pelumba rali Malaysia, Karamjit Singh yang mencipta sejarah…
Sukan Bermotor
Pemandu berusia 59 tahun itu yang juga dikenali sebagai 'Flying Sikh' berkata melalui kerjasama…
Sukan Bermotor
Pusingan pertama yang sepatutnya berlangsung pada 3-4 April ini terpaksa ditangguhkan disebabkan…