Karamjit Singh kembali beraksi setelah tiga tahun!

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba rali terkenal, Karamjit Singh bakal membuat kemunculan pertama setelah tiga tahun di dalam kejuaraan rali kebangsaan (26-27 Jun) bertempat di Sepang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusingan pertama yang sepatutnya berlangsung pada 3-4 April ini terpaksa ditangguhkan disebabkan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.

Menurut laporan daripada Free Malaysia Today, Karamjit Singh berjaya mendapat tajaan daripada Cisco Academy, sebuah syarikat di bawah firma sekuriti Cisco (M) Sdn Bhd.

Menurut pengarah urusan Cisco, Rabin Nijhar menjelaskan, "Karamjit Singh merupakan hero nasional, seorang pelumba yang hebat dan lagenda yang telah banyak menyumbang kepada negara.

"Kami sukakan komitmen dan semangat beliau, dan gembira dengan masa hadapan bersama selain menjadikan beliau sebagai duta jenama," ujar beliau lagi.

Tambah beliau, kemunculan semula Karamjit di dalam sukan rali bakal membawakan peluang baharu buat syarikat Cisco, selain menandakan era baharu yang lebih mengujakan.

 

gambar Wikipedia


Kisah Karamjit Singh sebelum ini mendapat perhatian apabila lagenda itu terpaksa menjual kereta peribadi Proton Waja dan hampir menjadi pemandu e-hailing disebabkan wabak COVID-19 yang melanda tahun lalu.

Beliau bakal berentap menggunakan Proton Gen2 rali yang sudah lama terbiar di rumahnya sejak tahun 2018.

Tambah lagenda berusia 59 tahun itu, "saya masih lagi sihat dan bercadang untuk berlumba dalam tempoh lima tahun lagi, memandangkan tiada had umur untuk sukan ini."

Karamjit Singh mencipta namanya menerusi FIA World Rally Championship Production Car pada tahun 2002 selaku orang Asia pertama yang memenangi gelaran tersebut, sebelum mengekalkan kejuaraannya dalam Asia Pasific Rally Championship (APRC) pada tahun yang sama

Sumber: Free Malaysia Today

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia akan mengembalikan memori ketika pelumba rali Malaysia, Karamjit Singh yang mencipta sejarah…
Berita Global
Kini, perincian berkenaan SUV rali itu telah didedahkan sepenuhnya oleh Ford, di mana ia membawakan…
Sukan Bermotor
Subaru Motorsports USA baru-baru ini memperlihatkan jentera ampuh yang bakal digunakan untuk musim…