Kapten Nik Huzlan- Itu bukan pesawat perisik Israel!

oleh HEZERI SAMSURI|
Isu kapal terbang perisik milik Israel yang dikatakan terbang di ruang udara Malaysia mendapat perhatian ramai.

Kali ini Careta menghubungi Kapten Datuk Nik Huzlan Nik Hussain, pakar dalam industri penerbangan yang tampil memberikan informasi lebih lengkap berkaitan kapal terbang milik Israel itu di dalam Facebook beliau.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

1. Berdasarkan nombor pendaftaran pada badan kapal terbang tersebut, ia bukannya sebuah kapal terbang tentera tetapi sebuah pesawat awam.

2. Pesawat Boeing B737-400 ini pernah digunakan oleh MAS dalam tahun 90-an dan beliau sendiri pernah menjadi kapten untuk pesawat model yang sama selama lapan tahun. Ia adalah sebuah model yang lama.

3. Menurut informasi dari rakan beliau, Kapten M Radzi Desa, pesawat itu sebenarnya pernah menjadi sebahagian dari aset MAS dari tahun 1991 sehingga 1994 di mana ia digunakan oleh syarikat penerbangan lain sehingga akhirnya dijual kepada Israel Aircraft Industries (AIA) dalam tahun 2012 (data dari www.airfleets.net). 

4. Pesawat itu menurut Kapt Nik, digunakan sebagai "test-mule" atau pesawat ujian untuk menguji peralatan elektronik dan sebagainya. Ia mungkin sedang menguji tangki bahan api tambahan, sistem eleltroniks yang dipertingkatkan atau sistem pendawaian baharu.

 

 

5. Oleh kerana ia diklasifikasikan sebagai pesawat awam, ia tertakluk kepada perundangan udara am seperti pesawat-pesawat MAS dan syarikat penerbangan yang lain. Ini bermakna:

  • Juruterbang perlu mempunyai lesen penerbangan awam
  • Hak laluan sama seperti penerbangan awam
  • Perancangan penerbangan (destinasi, ruang udara yang dilalui dari awal sehingga mendarat) perlu dikongsi dengan semua pengawal udara dalam laluan, termasuk Malaysia. Nombor kod "transponder" turut dikongi kepada semua pengawal lalulintas udara
  • Kelajuan, masa laluan, jumlah penumpang dan jumlah bahan api juga akan dikongsi kepada semua pihak terbabit, sama seperti kapal terbang awam yang lain

6. Laluan udara dari arah barat laut ke Singapura sebenarnya tidak akan melalui markas TUDM ataupun di atas Putrajaya. Jika benar ia melalui ruang udara Putrajaya, pihak kerjaan pastinya sudah mengetahui dan memberi kebenaran.

7. Jika pesawat itu ada membuat demonstrasi di ruang udara Singapura, ia adalah hak negara tersebut.

 

 

8. Pesawat ini tidak ada sistem perlindungan anti peluru berpandu. Apa yang dikatakan dalam gambar-gambar viral sebenarnya ialah tayar pesawat tersebut.

9. Boeing B737 memang tidak ada penutup fairing untuk tayar dan memang tayar terdedah semasa penerbangan (gambar atas).

Kapten Nik berharap agar netizen tidak mudah percaya cakap-cakap yang tular di media sosial kerana ia hanya membawa perasan gelisah kepada rakyat.

"Dalam situasi Covid-19 yang semakin menular, rakyat tak perlu dibebankan dengan isu-isu sensasi yang memang penuh dengan informasi tidak tepat yang disebarkan oleh mereka yang bukan pakar," ujar beliau.

Careta mengucapkan terima kasih atas informasi yang dikongsi oleh Kapten Nik Huzlan.

 

* Laluan udara kapal terbang tersebut di ruang udara Singapura membuktikan ia sedang membuat demonstrasi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Lembaga Pelabuhan Klang telah diarahkan untuk membantu syarikat logistik, pengimport, pengeksport…
Berita Global
Terima kasih kepada teknologi AI yang dimuatkan, dron yang digelar Lanius ini boleh bertindak…
Berita Global
Proses itu menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik dan bila ia mahu mengecaj sebuah EV,…