7 Lot Tanah Dipindahkan Kepada Pemaju
Menerusi hantaran rasmi Facebook miliknya, beliau berkata isu tersebut melibatkan 17 lot tanah dalam kawasan kolam takungan banjir Jinjang dan Batu yang telah dipindahkan kepada pemaju sejak tahun 2015.
Menurut Hannah Yeoh, kira-kira 70 peratus kawasan dalam zon badan air telah dipindahkan untuk tujuan pembangunan sehingga menyebabkan kapasiti kolam takungan banjir berkurangan daripada keluasan asal 33.5 hektar.

Fungsi Asal Kolam Turut Terjejas
Berdasarkan penilaian teknikal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Lumpur, keadaan itu turut menjejaskan fungsi asal kolam takungan banjir selain menyukarkan kerja penyelenggaraan dan akses jentera.
Beliau berkata kerajaan tidak boleh terus membenarkan pembangunan yang menjejaskan fungsi kolam takungan banjir kerana kepentingan rakyat dan keselamatan penduduk bandar perlu diberi keutamaan.


DBKL Tubuh Pasukan Petugas Khas
Dalam perkembangan sama, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah menubuhkan satu pasukan petugas khas yang dipengerusikan Ketua Pengarahnya, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain.
Pasukan tersebut melibatkan kerjasama pelbagai agensi bagi memperkukuhkan koordinasi dan usaha mitigasi banjir di Kuala Lumpur.
DBKL juga tidak akan meluluskan Kebenaran Merancang (KM) bagi sebarang pembangunan di kawasan kolam takungan banjir sehingga syarat pembangunan yang ditetapkan JPS dipatuhi sepenuhnya bagi memastikan fungsi asal kolam serta akses penyelenggaraan terus dipelihara.