Kapal TLDM dalam pembaikan terbakar

oleh Hamimah Hamid|
KAPAL Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Laksamana Muhammad Amin yang sedang dalam pembaikan terbakar pagi tadi.

Kebakaran membabitkan 10 peratus bahagian bilik penyimpanan peluru namun tiada sebarang peluru di lokasi kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd Azizi Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pukul 10.03 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian di Kilang Gred One, Kampung Acheh, Sitiawan. 

 

"Pasukan Bomba dan Penyelamat melakukan tindakan pemadaman yang turut melibatkan Pasukan Tindakan Kecemasan Pelabuhan.

 

"Ketika ini pasukan bomba sedang membuat ventilation dan operasi pemadaman masih diteruskan," katanya. 

 

Ujar beliau, kerja-kerja pemadaman dibuat menggunakan aliran 200 kaki dua pancutan air.

 

Mohd Azizi berkata, kejadian tidak membabitkan mangsa dan operasi juga dalam keadaan terkawal.

 

" Operasi turut melibatkan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Manjung serta pasukan Bomba TLDM selain anggota utama dari BBP Sitiawan.

 

"Jumlah keseluruhan anggota yang terlibat dalam operasi berkenaan seramai 17 orang termasuk pegawai dan pasukan Bomba TLDM seramai 30 orang," katanya