Kapal terbang Boeing 747 masih gunakan cakera liut untuk kemaskini perisian!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, cakera liut (nama popular disket) sebenarnya masih lagi memainkan peranan yang cukup besar di dalam industri aviasi walaupun ia sebenarnya telah pun lama tidak digunakan oleh orang kebanyakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan daripada The Register, cakera liut masih lagi digunakan untuk mengemaskini perisian aviasi seperti yang terdapat pada pesawat Boeing 747-400.

The Register menyebut, sekumpulan penyelidik sekuriti di Pen Test Partners baru-baru ini mendapat akses kepada sebuah pesawat British Airways 747 yang telah dihentikan khidmatnya akibat pandemik coronavirus.

Setelah menjalani pemeriksaan terhadap ruang avionik di bawah dek penumpang, mereka menemukan sebuah pusat data yang dipenuhi dengan kotak hitam modular, serta pemacu cakera liut bersaiz 3.5 inci di ruang kokpit untuk memuatkan data perisian navigasi penting.

 


Difahamkan, pengkalan data tersebut perlu dikemaskini setiap 28 hari dan seorang jurutera ditugaskan untuk memuatkan kesemua data penting tersebut menggunakan teknologi disket yang sudah lapuk itu.

Mungkin kedengaran agak mengejutkan, kerana teknologi 1980-an floppy disk masih lagi digunakan pada kebanyakan kapal terbang pada zaman moden ini untuk kemaskini data lapangan terbang, laluan penerbangan, landasan dan sebagainya.

Sesetengah syarikat penerbangan sudah pun beralih kepada teknologi yang lebih moden, namun terdapat sebilangan syarikat yang memerlukan kehadiran jurutera untuk menjalankan rutin bulanan menggunakan cakera liut.

Kebanyakan pesawat moden seperti 777X dan 778 sudah pun beralih menggunakan teknologi rangkaian fiber dan sistem komputer pusat yang mengawal dan menjalankan perisian penerbangan kritikal.

 


Namun, teknologi moden tak bermaksud ia lebih baik, lihat sahaja kepada kejadian dua buah pesawat 737 Max yang terhempas akibat masalah perisian sehingga mengorbankan 364 orang penumpang dan kru penerbangan.

Walaupun teknologi moden sudah pun tersedia di depan mata, ia masih tidak dapat menghalang cakera liut daripada terus bertahan digunakan pada industri-industri lain - seperti contoh Kementerian Pertahanan US menggunakan cakera liut 8 inci untuk koordinasi nuklear, dan Stesen Angkasalepas Antarabangsa masih lagi menggunakan teknologi disket.

Sumber: The Register menerusi The Verge

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaan sayap ini merupakan kolaborasi Lexus bersama Yoshihide Muroya, seorang juruterbang…
Berita Global
Sama seperti saudara empat rodanya di jalan raya, HondaJet juga sebenarnya merupakan pesawat jet…
Berita Global
Semenjak pengumuman mengejut yang dibuat oleh Airbus untuk menghentikan produksi pesawat Airbus…