Kapal Persiaran Mardi Gras dilengkapi dengan roller coaster

oleh SALINA JALIL|
Kapal Persiaran Mardi Gras, kapal pertama yang dilengkapi fasiliti "roller coaster" di dunia.


Kapal terbesar yang dimiliki Carnival Cruise Line, “Fun Ship” itu dibina dengan kapasiti untuk menampung sehingga 6,500 penumpang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Walaupun ia sudah bersedia untuk berlayar, namun orang ramai harus tunggu pandemik berakhir sebelum boleh menjejakinya.

 

kapal

 

Carnival merancang untuk melancarkan Fun Ship pada April 2021 untuk berlayar di lautan Caribbean, namun belum mendapat kebenaran Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

 

Selain roller coaster, kapal bernilai AS$905 juta (RM3.85 bilion) dan seberat 180,000 tan itu turut menawarkan fasiliti seperti panggung wayang, gelongsor air, zip line, dan kereta Fiat 1972 yang dipamerkan di kawasan terbuka, sesuai untuk ambil gambar Instagram.

 

 

Mardi Gras turut beroperasi menggunakan cecair gas asli yang mengurangkan kesan perlepasan karbon sebanyak 20 peratus berbanding diesel marin.

 

Kapal itu turut dilengkapi dengan kemudahan moden seperti pintu gelas di tandas setiap kabin, tab panas (hot tub) peribadi, khas untuk pelanggan Excel Suites dan akses kepada dek matahari dengan kabana.

 

Berminat? Mudah saja kerana anda boleh menempah tempat di sini.  Tetapi anda perlu diterbangkan ke Florida terlebih dahulu.

 

mardi gras

 

mardi gras room

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Astro Awani