Kapal pengintip China hadir di pulau buatan kawasan  Spratly

oleh HEZERI SAMSURI|
Imej-imej satelit terkini menunjukan kehadiran sebuah kapal pengintip China yang kini berada di peraiaran berhampiran salah sebuah pulau-pulau buatan mereka di Fiery Cross Reef, Kepulauan Spratly.

Menurut laporan Defence Security Asia (DSA), kapal yang dikenali dengan identifikasi Type-815G Intelligence Gathering Ship merupakan kapal pemantau elektronik (ELINT) kelas Dongdiao milik tentera Laut China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia adalah salah satu dari empat buah kapal pengintip yang kerap dikerah oleh kerajaan negara itu untuk memantau kehadiran kapal perang musuh, terutamanya Amerika Syarikat di Laut China Selatan.

Imej-imej dari satelit Maxar itu juga turut menegsan kehadiran pesawat peronda maritime Y-8Q milik Tentera Udara China serta sebuah pesawat amaran awal dan kawalan KJ-500 di pulau buatan yang dibina secara haram oleh China.

Pulau buatan di Fiery Cross Reef ini terletak kira-kira 540 km dari Sabah dan antara terumbu-terumbu karang yang menjalani proses penambakan secara besar-besaran oleh pihak China.

 

 

Pulau-pulau buatan China itu kini telah bertukar kepada pangkalan-pangkalan tentera yang lengkap dengan kemudahan landasan kapal terbang, hangar, pusat komunikasi, elektronik dan lain-lain lagi.

Pada tahun 2020, sebuah kapal penyelidikan  China telah menjalankan kerja-kerja penyelidikan di kawasan perairan berhampiran dengan kapal "drill ship" West Capella yang dioperasikan oleh syarikat minyak dan gas nasional, Petronas.

Baru-baru ini, pesawat udara China menceroboh ruang angkasa berhampiran Kota Kinabalu tetapi telah dinafikan secara selama oleh kerajaan negara tersebut.

Menyedihkan bila masih ada lagi rakyat Malaysia yang tidak percaya akan isu ini dan beranggapan ia adalah satu propaganda kerana cemburukan kejayaan China yang popular dengan produk-produk canggih dan mampu milik. 

* Laporan asal dari Defence Security Asia

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…
Berita Global
Ia kerana insentif dan stesen pengecasan yang meluas telah mempengaruhi lebih ramai pelanggan,…
Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…