Kapal layar Turkiye karam di Terengganu, dua mangsa diselamatkan, satu lagi masih hilang

oleh Penyumbang Rencana|
Kapal layar, Daisy yang karam di perairan Pulau Yu, Kuala Nerus
Dua lelaki iaitu kapten dan pelancong yang merupakan warga Turkiye dikhuatiri hilang selepas kapal layar, Daisy dinaiki mereka karam di perairan Pulau Yu, dekat Kuala Nerus pada Selasa.

Berita terbaharu melaporkan bahawa salah seorang lagi mangsa kapal layar karam, ditemui selamat malam tadi selepas terapung kira-kira 43 jam di laut.

Kapal layar dinaiki mereka bersama seorang lagi pelancong lelaki yang terselamat dikatakan dalam perjalanan ke Pelabuhan Pattani, Thailand sebelum dipukul ribut pada pukul 2.30 pagi.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, sebelum kejadian, kapal layar yang dalam misi pulang ke negara asal, Turkiye singgah di Pelabuhan Kuantan, Pahang dari Sydney, Australia.

“Ia meneruskan pelayaran pada pukul 5 petang, sebelum terbalik akibat dipukul ribut menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak ke tengah laut, namun pelancong dikenali sebagai Ates Demiroren, 42, berjaya diselamatkan,” katanya pada Khamis.

Hamiludin berkata, Demiroren telah diselamatkan oleh kru sebuah bot nelayan tempatan sebelum dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk menerima rawatan.

Ahmet Volkan Ata, 52, iaitu kapten kapal kemudian ditemui di kedudukan kira-kira tujuh batu nautika dari Pulau Yu malam tadi dan diserahkan kepada Pasukan Polis Marin (PPM) sekitar 9.45 malam dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan sepenuhnya. Mangsa yang kekal masih hilang sehingga kini adalah Eser Demirkol berumur 53 tahun.

Maritim Malaysia telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat bermula pukul 3 petang Khamis.

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Susulan itu, aset bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan Op Patkor Optima…
Berita Domestik
Timbalan Ketua Pegawai Pemerolehan dan Pengarah Perkhidmatan Domain dan Integrasi USCG, James…
Berita Domestik
Menurutnya, bot berkenaan dikesan melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (…